“Beli lah produk saya. Boleh hilangkan masalah itu, sembuhkan penyakit ini, semua boleh.”
Pernah dengar penjual macam ni?
Ramai orang bila menjual, mereka seronok bercerita bahwa produk mereka dapat menyelesaikan 1001 masalah.
Mereka juga menyangka, orang akan beli produk mereka sebab boleh jimat duit & tak perlu guna banyak produk lain. Cukup dapatkan produk mereka sahaja.
.
Kononnya, hanya dengan menggunakan produk mereka sahaja, orang ramai dapat menyelesaikan semua masalah yang ada tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.
Senang kata, dapatkan saja produk “ajaib” mereka. Automatik semua masalah dalam dunia ini boleh diselesaikan.
Mereka sangka, dengan cara itu, mereka dapat menarik minat lebih ramai orang untuk membeli produk mereka. Jika ramai orang beli produk mereka, tentu makin banyak untung.
.
Hakikatnya, tak semudah itu tuan-tuan & puan-puan.
Walaupun memang betul produk anda boleh selesaikan 1001 masalah…
Tetapi kami sangat yakin anda tak akan dapat sales yang banyak jika anda cuba untuk menjual kepada semua orang dalam satu iklan.
.
Bak kata pepatah dalam dunia pemasaran :
“If you sell to everyone, you sell to no one.”
Lagipun, masyarakat kita sudah semakin bijak menilai.
Bila kita terlalu overclaim dan janjikan macam-macam, audiens akan skeptikal & ragu-ragu.
“Ye ke tu boleh selesaikan 1001 masalah?”
“Ajaib sangat ke produk dia tu?”
“Ishh, diaorang ni tak habis-habis nak scam orang.”
Asalnya kita nak buat mereka tertarik dengan iklan. Tapi ini malah buat prospek menyampah bila baca iklan kita.
Jadi, bagaimana sebenarnya cara untuk buat iklan yang berkesan?
Konsep STP Dalam Pengiklanan dan Pemasaran
Dalam artikel kali ini, kami akan tunjukkan langkah demi langkah untuk anda buat marketing & iklan yang berkesan. Jika anda dapat buat marketing yang berkesan, tentu ia dapat tarik perhatian target market anda dan seterusnya dapat hasilkan jualan untuk bisnes anda.
Dalam dunia marketing, untuk hasilkan iklan yang berkesan, kita boleh guna konsep STP.
.
1) Segmentation
Pecahkan dahulu audiens anda kepada beberapa market segmen.
Sebagai contoh, anda menjual minyak wangi lelaki.
Siapa yang boleh jadi target market anda?
1) Lelaki yang bekerja di sektor kerajaan yang perlu perfume yang sesuai untuk kekal wangi di pejabat.
2) Para usahawan lelaki yang ingin memakai wewangian untuk berjumpa dengan client/prospek mereka.
3) Para suami yang ada masalah bau badan yang kuat, dan perlu perfume yang sesuai.
Sekarang anda sudah ada tiga target market yang boleh dijadikan sasaran untuk anda menjual. Mari kita lihat langkah seterusnya.
.
2.Targeting
Tentukan market segment untuk fokus.
Baiklah, dalam langkah pertama, anda sudah pun menyenaraikan tiga target market yang boleh anda jual kepada mereka.
Sekarang, anda boleh memilih untuk mensasarkan kepada kelompok mana terlebih dahulu.
Boleh jadi, anda akan pilih satu atau dua target market dahulu pada beberapa bulan pertama. Kemudian selepas itu beralih kepada target market seterusnya.
Mungkin, anda sudah ada networking dengan ribuan usahawan lelaki. Oleh sebab itu, market segment B, iaitu para usahawan, adalah target market yang menarik untuk anda.
Ataupun, katakanlah di kawasan anda tinggal, terdapat puluhan pejabat kerajaan dan korporat yang berdekatan. (terdapat demand / permintaan).
Oleh sebab itu, anda putuskan untuk mulakan menjual kepada target market A, iaitu para lelaki yang bekerja di sektor kerajaan.
Kuncinya adalah melihat kepada demand, database, network, serta potensi yang lebih besar untuk anda hasilkan jualan.
Senang kata, mana yang lagi senang untuk anda jual kepada mereka?
Boleh faham kan?
.
3) Positioning
Hasilkan bahan iklan yang spesifik.
Kita asumsi kan anda memilih target market market A. Para lelaki yang bekerja sektor kerajaan di pejabat.
Maka langkah ketiga adalah, positioning. Bagaimana kita memposisikan produk kita di mata audiens kita.
Seterusnya, membuat bahan iklan yang khusus untuk dapat tarik perhatian mereka.
Jadi, jika kita kembali kepada si penjual minyak wangi tadi, soalan penting yang mesti dijawab adalah :
.
Bagaimana kita dapat buat iklan atau marketing yang buatkan para lelaki yang bekerja, tertarik untuk beli minyak wangi kita?
Jika anda susun kempen marketing, maka anda perlu tahu. Orang yang bekerja kerajaan, masuk gaji pada 25 hb.
Maka, anda boleh buat kempen content & awareness pada minggu pertama, dan kedua.
Pada minggu ketiga, mulakan soft selling. Pada minggu keempat (minggu gaji) anda boleh buat kempen dan iklan menjual.
.
Jika anda nak buat poster dan video, maka anda perlu cari gambar yang menarik perhatian orang bekerja.
Pilih background suasana di pejabat. Pilih model orang yang berpakaian kemas seperti di ofis, dan sebagainya.
Apabila anda mahu tulis copywriting, anda wajib letakkan perkataan yang spesifik dan dekat di hati mereka. Atau lontarkan soalan yang selalu bermain dalam fikiran mereka.
Contoh :
“Tengah cari wangian yang sesuai untuk ke pejabat?”
“Wanginya perfume ni. Memang sesuai sangat untuk lelaki yang bekerja.”
.
Demikian lah tiga langkah mudah yang perlu anda lakukan sebelum membuat iklan.
Kami harap tiga langkah beserta contoh ini dapat bantu anda hasilkan iklan yang lebih berkesan, seterusnya dapat tingkatkan jualan anda.
Sila share artikel ini jika anda rasa ia boleh bantu bisnes rakan-rakan usahawan anda.
.
.
By the way, nak tengok tak 9 Contoh Ads Creative yang anda boleh ambil idea untuk 9 niche berbeza?
Klik link di bawah :