3 Langkah Untuk Hasilkan “The Winning Ads”

Peniaga online yang buat iklan berbayar sebenarnya bagaikan seorang saintis.

Kenapa saintis?

Cuba kita lihat bagaimana proses berfikir seorang saintis. 

Mulakan dengan soalan hipotesis. Kemudian, ada perkara yang diubah-ubah. Ada perkara yang dikekalkan. Selepas itu, baru lihat apa hasil eksperimen dan buat kesimpulan.

.

Contohnya, eksperimen tentang tumbuhan. Adakah cahaya matahari mempengaruhi pokok yang tumbuh? 

Pokok A, disiram air 2 kali sehari dan diletakkan di bawah sinar matahari. 

Pokok B pula, disiram air 2 kali sehari dan diletakkan di dalam bilik gelap.

 


Selepas 3 hari, pokok mana yang hidup?

Eh, dah macam belajar sains darjah 3 pulak ya.

Tapi, sebenarnya proses berfikir sebagai seorang marketer, memang begitu. Sama sahaja. 

.

Bezanya adalah pada objek kajian. Marketer mengkaji ramuan “bahan iklan” apa yang terbaik yang dapat hasilkan iklan terbaik, atau istilahnya “The Winning Ads”.

Aspek apa yang perlu ditukar? Aspek apa yang kekalkan sahaja tak perlu usik?

Selepas itu, bagaimana cara untuk tahu iklan itu adalah iklan terbaik?

.

Untuk artikel kali ini, kita akan pelajari 3 strategi untuk hasilkan The Winning Ads.

Dalam pengiklanan, terutamanya platform Facebook Ads, ada tiga perkara utama yang boleh kita ubah-ubah iaitu : 

1) Audience

2) Gambar/Video

3) Copywriting

Jom kita pelajari satu per satu.

.

#1 – Audience

.
Strategi yang pertama adalah ubahsuai setting audience. Audience bermaksud target yang ingin kita sasarkan. Alogritma FB akan cari audience sesuai apa yang kita setting.

 

Anda boleh pecahkan 1 Ad set 1 interest, atau 1 ad set 1 group of interest.

Contohnya kalau anda jual produk kurus.

.

1 Ad set = 1 interest.

Ad Set #1 – Interest : Health & wellness

Ad Set #2 – Interest : Fitness

Ad Set #3 – Interest : Healthcare

.

Atau

.

1 Ad Set 1 group of interest.

Ads Set #1 – Group of Interest : Health & Wellness, Fitness, Healthcare, etc.

Ads Set #2 – Group of Interest : McDon4ld, KFCCC , St4rbuck, etc.

Ads Set #3 – Group of Interest : Netfl1x, Y0uTub3, Movie, etc.

 

Untuk cara pertama, 1 ad set = 1 interest, kita ingin kenal pasti, kelompok sub-interest mana yang lebih berminat dengan iklan kita (produk kurus). Mereka dalam satu group interest yang sama (Health & wellness, fitness, healthcare) 

Tapi, sub interest yang berbeza.

 

Cara kedua pula (1 ad set, 1 group of interest), adalah dengan mencuba group of interest yang berbeza. 

Dengan cara ini, kita harap dapat kenalpasti, kelompok mana yang lebih berkesan untuk ads kita. Adakah kelompok yang minat niche kesihatan, atau niche movies, atau niche fast food?

.

#2 – Gambar/Video

.
Yang kedua, adalah strategi ubahsuai gambar/video. Gambar dan video ini sebenarnya sangat berperanan sebagai pancing untuk tarik prospek melihat iklan kita.

Bahkan kadang-kadang orang tak minat baca copywriting. Tapi sebab tertarik dengan gambar/video, mereka stop scroll dan baca info yang kita berikan.

 

Contohnya, kalau produk kurus. Anda boleh cuba eksperimen begini : 

.

Gambar 1 – Busy dekat tempat kerja

.

Gambar 2 – Tengah workout tapi give up

.

Gambar 3 – Tak boleh tahan tengok makanan

.

Gambar 4 – Makan banyak

.

Gambar 5 – Kena jaga anak ramai

.

Dengan menggunakan gambar yang berbeza, kita sedang mensasarkan untuk test customer angle berbeza sebenarnya. Contohnya gambar 2. Kita sedang sasarkan mereka yang dah bertahun-tahun workout, tapi masih tak berjaya turunkan berat badan.

Atau gambar 4. Kita cuba tarik perhatian mereka yang nafsu makan nya agak tinggi. Mudah sangat lapar, hingga akhirnya berat badan makin bertambah.

Katakan, lepas ubahsuai gambar/video kita dapati gambar 4 yang paling banyak orang klik. Selepas itu kita boleh terus guna gambar 4 sebagai ads creative untuk minggu seterusnya. Ok, boleh saya teruskan? 

.

#3 – Copywriting

.

Strategi ketiga adalah ubahsuai copywriting.

Sama juga macam gambar/video, sebenarnya kita nak tahu customer angle yang berbeza. Cuma kali ini kita ubahsuai tulisan (ayat iklan)

.

Untuk permulaan, content copywriting tak perlu ubah.

Ubah dekat headline sahaja dulu. Kenapa? Sebab headline ini ibarat kepala iklan. Headline yang akan tentukan adakah prospek akan teruskan baca iklan kita ataupun tidak.

 

Lihat contoh di bawah. Ini cara kami ubahsuai headline untuk mengkaji headline mana yang paling berkesan.

.

Headline 1 – “Busy dekat tempat kerja sampai tak sempat bersenam?”

Headline 2 – “Arghh! Penat lah nak kena workout macam ni.”

Headline 3 – “Susah beb, mak aku masak sedap-sedap kot.”

Headline 4 – “Tak boleh la, aku memang suka makan banyak.”

Headline 5 – “Kau boleh la tak kawen lagi, aku ni nak kena jaga anak ramai.”

 

Dengan cara ini, barulah kita tahu headline mana yang lebih efektif mendapatkan lebih banyak klik daripada prospek.


Sekarang dah nampak kan, kenapa kami kata marketer ini cara fikirnya, sama dengan saintis?

Semoga membantu untuk anda semua jalankan proses split test FB ads dengan lebih berkesan.

Sekian dahulu tiga strategi untuk mencari iklan yang terbaik. Bila kita dah jumpa winning ads yang murah dan efektif. Sebenarnya, tugas kita belum selesai.

 

Sebab emosi dan minat manusia sentiasa berubah. Mungkin bulan ni iklan menjadi. Bulan depan, sendu pula. Yang penting kita teruskan berinovasi dan mencuba. Itulah rahsia mendapatkan The winning ads.

.

.

By the way…

Nak tengok tak 9 Contoh Ads Creative yang kami dah berjaya hasilkan untuk 9 niche berbeza?

Klik link di bawah :

>>Saya nak tengok 9 contoh copywriting<<

#myadsolution

 

Similar Posts