Dalam situasi sekarang ini, kita sukar untuk lakukan jualan secara fizikal. Oleh sebab itu proses jualan online menggunakan website semakin jadi pilihan bagi para usahawan.
Namun, ada masalah baru timbul.
.
Selepas run iklan berbayar, sales yang masuk sikit sangat.
Bila sales sendu, mula lah cari apa yang tak kena dengan website.
“Boleh tolong semak website saya tak? Rasanya ada problem, sebab tak dapat sales lah walaupun dah guna website.”
Ops tunggu dulu. Betul ke kalau kita perbaiki design dan sales letter di website, kita akan terus dapat jualan?
.
Inilah dilema ramai usahawan online sekarang.
Majoriti nya gunakan iklan berbayar Facebook Ads, kemudian akan link ke website.
Mereka sebenarnya tak pasti kenapa dan apa sebenarnya punca mereka tidak dapat sales.
Untuk selesaikan masalah ini kita perlu kenal pasti terlebih dahulu :
1. Masalah pada website?
atau
2. Masalah pada bahan iklan?
Barulah kita boleh improve.
Baik, mari kita lihat tiga langkah untuk improve jualan di website.
.
1) Perbaiki bahan iklan
Kunci pertama untuk tingkatkan sales di website adalah dengan memperbaiki bahan iklan.
Ok, sebelum kita teruskan, kami nak anda semua faham satu formula ringkas.
High Quality Traffic = High Conversion Rate
.
Apa maksud formula ini?
Semakin bagus kualiti trafik yang klik ke website kita, maka semakin tinggi conversion rate.
Conversion rate maksudnya, % prospek yang membeli berbanding prospek yang masuk ke website.
Jika ada 100 prospek masuk ke website, dan ada 20 prospek membeli. Maka conversion rate website kita adalah 20/100 atau 20%.
Kalau trafik yang masuk tak berkualiti, maka conversion rate akan turun. Bahkan boleh sampai tahap tak ada sales sama sekali. 0% conversion rate.
Akan tetapi, kalau traffic yang masuk sangat berkualiti, conversion rate naik sampai tahap 10 landing page view dah ada 3 purchase.
Soalannya sekarang, bagaimana cara perbaiki bahan iklan?
.
Untuk tahu samada bahan iklan kita berkualiti, anda perlu lah jalankan satu proses yang dinamakan sebagai split test.
Kami ada terangkan lebih detail tentang split test dalam artikel sebelum ini.
Ringkasnya, semasa run Fb ads, jangan terus run satu jenis bahan iklan sahaja. Sebaiknya kita mesti jalankan beberapa bahan iklan sekaligus.
.
Katakan kita guna bahan iklan A, B, C. Selepas run ads seminggu, kita perhatikan bahan iklan B yang dapat tarik lebih ramai prospek yang ke website.
Jadi kita boleh teruskan guna bahan iklan B untuk Fb ads. Di sini kita sedang memperbaiki aspek kualiti dan kuantiti trafik yang masuk ke website.
.
2) Perbaiki website jualan (sales page)
Kunci kedua adalah memperbaiki sales page.
Website jualan (sales page) ibarat sales person/team sales untuk syarikat dan perniagaan kita.
Kalau kita ada kedai, sales person akan terangkan kepada pelanggan secara face to face.
Apa kelebihan produk, manfaat produk, cara gunakan produk, pengalaman pelanggan sebelum ini, dan sebagainya.
Bila kita menjual secara online, maka sales page kita lah yang berfungsi sebagai sales person kita.
.
Untuk meyakinkan orang untuk membeli produk kita perlu ada langkah demi langkah yang teratur.
Ramai yang bila buat website, benda pertama yang mereka fikir adalah website mesti nampak cantik. Kena ada design yang power, kena colorful, button klik kena cantik, dan seterusnya.
Hakikat sebenar, biar lah nampak biasa-biasa sahaja, yang penting website kita capai objektif. Apa objektif utama sales page kita? Convert. Ya, itu sahaja.
Kalau design cantik, power, itu semua bonus.
.
Yang penting, prospek faham apa kita jual. Apa manfaat produk, bagaimana produk bantu prospek selesaikan masalah, dan mereka tahu bagaimana cara nak dapatkan produk anda.
Di sini lah peranan kita memperbaiki copywriting dalam sales page. Jangan lupa, pastikan website tidak lag, dan clickable button seperti Call to Action semuanya berfungsi.
Jangan sampai prospek dah semangat nak beli. Bila klik “BELI DI SINI”, eh tak connect ke checkout page.
.
3) Berikan Offer yang menarik
Ok sekarang, untuk bahan iklan, kita dah buat split test & dah guna bahan yang terbaik.
Sales page pun kita dah perbaiki. Dah pastikan mudah difahami, copywriting semua dah cun.
Sekarang, prospek yang tengok iklan dah berminat untuk klik ke website untuk dapatkan maklumat lanjut.
Selepas prospek klik dan baca info dalam website, mereka dah tertarik dengan produk anda. Tinggal nak tekan buy sahaja.
.
Masalah sekarang sales masih lagi sendu. Conversion rate masih rendah. Apa nak buat?
Inilah kunci ketiga yang perlu kita gunakan iaitu : offer.
.
Apa tawaran yang anda berikan kepada mereka?
Boleh jadi :
1) Mereka rasa harga anda mahal
2) Mereka rasa tak berbaloi
3) Mereka nak beli tapi tangguh dahulu
Jadi apa yang anda boleh buat adalah cuba perbaiki tawaran anda.
Satu cara adalah anda boleh letakkan sense of urgency. Samada limited time atau limited quantity.
Contoh :
“Tawaran diskasun RM 50 ini kami buka sehingga jam 12 malam ini sahaja.”
“Untuk promosi launching, kami hanya ada stok 100 unit sahaja.”
Ataupun anda boleh letakkan Bonus menarik + jaminan.
Ini akan hilangkan keraguan mereka yang nak beli produk anda.
Anda boleh guna tawaran begini, misalnya :
“Jika produk kami tidak berkesan selepas 90 hari anda guna,kami pulangkan 100% wang anda.”
.
Sekarang, dah jelas kan, apa yang sepatutnya diperbaiki terlebih dahulu?
Kami tak nafikan yang mungkin ada masalah pada website (sales page).
Tapi kalau nak ubah pun, make sure jangan terburu-buru.
.
Ubah yang depan dulu (bahan iklan/ads creative), baru lah yang seterusnya (website) akan ikut perform.
Kalau dah ubah ads creative pun conversion masih rendah, baru perbaiki website. Kalau dah perbaiki website masih tak convert, cuba perbaiki offer.
Sekian dahulu tiga langkah untuk tingkatkan jualan di website.
Jemput share artikel ini jika anda rasa ia bermanfaat.
.
.
By the way…
Nak tengok tak 9 Contoh Ads Creative yang kami dah berjaya hasilkan untuk 9 NICHE BERBEZA?
Klik link di bawah :
>>Saya nak tengok 9 contoh ads creative<<
#myadsolution