Dalam menghasilkan copywriting yang lengkap, ada 5 komponen penting yang perlu anda gunakan. Dalam artikel yang lalu kami sudah kongsikan secara umum tentang komponen-komponen ini.
5 komponen penting tersebut adalah:
1) Headline
2) Content
3) Offer
4) Call To Action
5) Visual/Media
Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan mengenai komponen pertama sahaja iaitu headline.
Fungsi utama headline adalah untuk menarik orang singgah dan membaca.
Kenapa kita perlu beri tumpuan dalam menulis headline? Sebab ia boleh menarik prospek yang betul-betul memerlukan produk yang kita tawarkan. Ada pelbagai teknik dalam penulisan headline.
Kali ini saya akan kongsikan 3 teknik yang simple dan padu yang boleh anda tiru. Saya akan kongsikan juga contoh-contoh headline ini dalam beberapa niche terpilih supaya anda lebih mudah faham.
1) Headline jenis soalan.
Headline jenis soalan mudah menarik perhatian prospek. Soalan yang spesifik akan menarik perhatian target market yang spesifik.
Contoh niche produk kurus :
+ Nak turunkan berat badan tanpa perlu bersenam?
+ Anda risau berat badan semakin naik?
+ Siapa lagi nak makan tanpa risau berat badan bertambah?
Contoh niche produk sakit lutut:
+ Tak dapat tidur malam sebab sakit lutut?
+ Anda sedih tengok ayah menderita sakit lutut?
+ Siapa lagi yang sakit lutut sampai tak dapat berjalan?
.
2) Headline jenis testimoni
Headline jenis testimoni sangat efektif jika kita gunakan dengan baik. Ini kerana kita seolah olah-olah baca fikiran prospek. Apalagi bila kita gunakan ayat yang memang keluar dari mulut pelanggan.
Contoh niche kecantikan :
+ “Tak sangka baru seminggu guna parut jerawat dah mula berkurangan.”
+ “Syukur lepas sebulan konsisten gunakan krim kunyit ni, semua jerawat dah mula hilang.”
+ “Seronoknya! Kulit muka dah halus dan liang pori mengecil lepas amalkan supplement ABC.”
Contoh Niche kurus :
+ “Excited sangat sebab baru seminggu minum teh kurus ABC berat dah turun 2kg!”
+ “Alhamdulillah hasil konsisten sapu lotion ajaib X, boleh nampak perut semakin kempis.”
+ “Syukur sangat lepas sebulan amalkan Jus slimming ABC, kawan ofis tegur saya nampak makin kurus.”
.
3. Headline jenis offer
Headline jenis offer juga boleh kita gunakan untuk nyatakan tawaran istimewa kita kepada prospek. Boleh jadi tawaran seperti diskaun, penghantaran percuma, dan lain-lain.
Contoh :
+ PERCUMA sebotol minuman dengan pembelian 3 balang biskut X
+ HARI INI SAHAJA! Diskaun 25% bagi pembelian 10 pek sambal ABC
+ PENGHANTARAN PERCUMA ke seluruh Malaysia dengan pembelian 5 paket serunding XYZ.
Demikianlah tiga jenis headline yang simple dan padu. Anda pun boleh cuba apply tiga jenis headline ini untuk menarik perhatian target market anda. Selamat mencuba.
.
.