Customer Angle juga biasanya disebut sebagai Target Market atau Market Segment.
Secara mudahnya, kita nak hasilkan iklan untuk siapa?
Ya, memang produk kita boleh selesaikan 1001 masalah.
Tetapi dalam pengiklanan, kita perlu hasilkan bahan iklan yang khusus.
Tujuannya supaya bila orang tengok & baca iklan kita…
…orang boleh rasa yang produk kita ni sememangnya dicipta khas untuk selesaikan masalah yang mereka sedang alami.
.
Contoh : Produk Kurus
1. Pekerja office yang sibuk & tak sempat bersenam bila sampai rumah
2. Mereka yang memang suka makan & tak dapat kawal selera dengan baik
3. Wanita yang nak kurus dengan cepat & selamat supaya nampak cantik sebelum hari persandingan
Persoalannya sekarang, macam mana saya boleh dapatkan idea untuk hasilkan 3 Customer Angle di atas?
Okay, jom kita go through satu per satu.
PERTAMA – Dapatkan idea daripada Sales Page Anda / Pesaing
Selalunya orang akan letak senarai masalah / penyakit di dalam sales page mereka.
Tengok beberapa contoh di bawah :
TIPS TAMBAHAN untuk tingkatkan conversion rate sales page.
Sepatutnya, bila orang dah baca iklan kita yang menceritakan tentang satu masalah yang khusus…
…sales page juga perlu dikhususkan untuk setiap 1 masalah sahaja.
Ramai orang tak buat sebab faktor utamanya adalah dari segi kos :
1) Perlu upah EXTRA Copywriter untuk hasilkan Sales Letter yang khusus untuk setiap satu masalah.
2) Perlu upah EXTRA Web Designer untuk design Layout Sales Page yang khusus untuk setiap satu masalah.
.
Tetapi ini bukan isu yang besar jika conversion rate anda masih berada pada paras yang baik, iaitu antara 3-5%.
Lagipun, boleh jadi bila orang masuk ke sales page, mereka dapat tahu yang rupanya produk kita boleh bantu selesaikan masalah lain yang mereka hadapi. That’s a BONUS!
KEDUA – Dapatkan Idea daripada Sales Page niche yang sama
Sebagai contoh, jika anda jual produk kurus yang perlu dimakan…
…anda boleh cari pesaing lain yang jual Slimming Product seperti Losyen atau Korset.
Produk yang berlainan, tetapi target market yang sama.
KETIGA – Dapatkan idea daripada testimoni
Selalunya, lepas customer guna produk kita & berkesan…
…kita cuma perlu tanya soalan mudah sahaja :
“Macam mana Puan? Ada apa-apa perubahan tak lepas guna Produk kami ni?”
Cukup dengan soalan macam itu sahaja, mereka akan terus beria & seronok untuk ceritakan masalah mereka sebelum ini.
Jika produk anda masih baru & belum ada testimoni yang baik…
…perkara yang lebih kurang sama anda boleh lakukan iaitu dengan tengok testimoni pesaing atau niche yang lebih kurang sama.
Untuk lebih faham, tengok contoh-contoh testimoni berikut ini.
Customer Angle : Tak boleh tidur sebab tak selesa dengan Resdung.
BONUS TIPS : Cara paling mudah untuk hasilkan headline copywriting.
Salin balik ayat customer dan letak tanda quote sahaja.
Contohnya…
“Alhamdulilah, resdung makin kurang. Kalau bangun 2-3 pagi pun dah tak teruk bersin macam dulu sampai tak boleh tidur.”
Customer Angle : Sakit tumit sampai nak jalan pergi dapur pun rasa jauh sangat.
Customer Angle : Pekerja office yang sibuk dan tak sempat bersenam
Headline : “Alhamdulilah, baju yang saya pakai sekarang ni terasa longgar je”
KEEMPAT – Dapatkan review produk yang lebih kurang sama di Amazon
Anda boleh juga dapatkan review di Shopee, tetapi kebanyakan review nampak terlalu over, terlalu ringkas & dibuat-dibuat.
Di Amazon, review yang ditinggalkan kebanyakannya panjang-panjang…
…dan lebih nampak nilai kejujuran dalam review mereka.
REVIEW SHOPEE
REVIEW AMAZON
Dan benda yang PALING BEST pasal review dekat Amazon ni…
Kita boleh terus copy paste, translate ke dalam Bahasa Melayu, adjust sikit-sikit then boleh terus siap 1 Copywriting.
Memang sangat menjimatkan masa & tenaga.
KELIMA – Last choice, paling dah tak ada idea sangat-sangat.
Tengok apa isi kandungan produk, search google dan list down kelebihan bahan tersebut.
Jika produk anda dihasilkan daripada 7 bahan…
…daripada 7 bahan anda mungkin boleh dapatkan sekurang-kurangnya 3 Customer Angle untuk setiap bahan.
7 x 3 = 21 Customer Angles untuk anda SPLIT TEST. Banyak kan?
KESIMPULAN
Anda dah dapat idea macam mana nak cari customer angle dengan cepat & mudah?
Bukan setakat dapat customer angle, silap-silap boleh terus siap beberapa copywriting dan terus boleh launch kempen marketing.
Semoga perkongsian kali ini membawa manfaat untuk anda semua.
.
Nak tengok contoh copywriting yang kami dah berjaya hasilkan untuk 9 Client bagi 9 Niche yang berbeza ?
Klik link di bawah :
>>Saya nak tengok contoh copywriting
#myadsolution