Sekiranya copywriting anda masih belum ada respon, ini 5 punca yang patut anda atasi sekarang.
Kami faham betapa frust @ stres apabila copywriting yang kita buat dengan susah payah, tak dapat respon.
Hasil dari eksperimen sendiri & klien, kami analisis iklan yang berjaya & iklan yang gagal. Akhirnya…
Kami dapat simpulkan 5 punca utama copywriting gagal, tidak berkesan & cara atasi.
Sementara itu, anda boleh SHARE artikel ini untuk rujukan pada masa depan. Klik SHARE sekarang.
.
Punca 1, mungkin anda jual kepada semua orang. Means, anda tiada target market.
Ya, betul produk kita sesuai untuk semua orang. Tapi konsep copywriting ini ibarat anak panah.
Mana mungkin 1 anak panah boleh tembak 3-5 target sekaligus. Setuju?
Oleh itu, 1 copywriting target pada 1 market sahaja. Kalau ada 10 market, buatlah 10 copywriting.
.
Punca 2, mesej tak spesifik @ tak jelas. Broad sangat.
Semua masalah kita nak sebut. Semua manfaat kita nak letak. Sampai dah jadi tak berfokus.
Isu yang timbul ialah market akan overload information. Tak boleh buat keputusan & abaikan iklan kita.
Oleh itu, 1 copywriting mesti fokus pada 1 masalah/manfaat. Kalau ada 10, buatlah 10 copywriting.
Zaman sekarang, be niche, be focus, be specialist. Jangan go for broad. Nak solve semua masalah.
.
Punca 3, tiada tawaran yang menarik.
Offer ini boleh menjadi push factor untuk pelanggan bertindak untuk cuba produk kita.
Bezakan, mana satu jadi pilihan ramai?
1- Suplimen kurus RM59 atau,
2- Suplimen kurus RM59 + Free Pos + Free Ebook
Oleh itu, wajib untuk anda letakkan tawaran dalam copywriting iklan anda.
Punca 4, CTA yang tidak jelas.
Semua nak letak. Suruh komen la, suruh klik sana la, suruh klik sini la, suruh email situ la.
Apabila kita buat sesuatu yang menyusahkan pelanggan, automatik mereka akan ignore iklan kita.
Oleh itu, be spesifik. Nak mereka klik link wasap. Itu sahaja. Cukup, jangan nak lebih-lebih.
.
Punca 5, visual yang kurang menarik.
Gambar jangan la low quality. Atau gambar google yang masih ada watermark shutterstock.
Menurut kajian, gambar yang mempunyai elemen manusia mendapat engagement tinggi.
Paling mudah, ambil gambar anda bersama produk @ rakam artikel anda review produk.
Cukup 5 punca & cara atasi supaya anda dapat buat copywriting iklan yang lebih berkesan.
Sebagai tanda terima kasih kerana baca sampai perenggan ini, kami nak bagi bonus 1 lagi punca utama & cara atasi.
.
Punca 6, langsung tak split test. Harap 1 iklan sahaja.
Mustahil dengan 1 iklan sahaja boleh berjaya. Kalau menjadi, itu betul-betul pure luck.
Hal ini kerana kita tak tahu market akan respon dengan masalah yang mana @ visual yang mana.
At least, buat 3-5 copywriting yang berbeza target market atau berbeza mesej atau berbeza visual.
Nak Belajar Cara Tulis Copywriting Yang Lebih Beremosi?
Kami ada kumpulkan contoh copywriting percuma. Anda boleh baca dan belajar supaya anda mudah faham dan boleh apply terus.