5 Strategi Untuk Hasilkan Copywriting Yang Padu

Copywriting merupakan salah satu skill yang penting untuk dikuasai oleh usahawan.

Terutama bagi mereka yang baru bermula untuk bisnes.

Nak tulis copywriting untuk ajak audiens follow FB Page.

Nak tulis copywriting untuk ajak pelanggan datang ke kedai.

Nak tulis copywriting untuk ajak prospek jadi ejen.

dan macam-macam lagi..

Oleh itu, kali ini kami kami ingin kongsikan kepada anda 5 strategi untuk anda hasilkan copywriting yang padu.

.
1) Sentiasa mulakan dengan mengenalpasti sasaran.

Copywriting atau ayat iklan yang kita tulis mesti ada target market yang spesifik.

Barulah ia akan menarik target audiens yang betul.

Bila anda sasarkan audiens yang betul. Lebih besar peluang mereka akan membeli produk atau servis anda.

Jika anda menjual Kereta Honda, agaknya siapa yang boleh jadi target anda.

Mungkin target audiens anda adalah…

1. Para suami yang bekerja swasta, yang nak beri keselesaan untuk keluarga
2. Orang yang sudah bekerja kerajaan lebih 5 tahun (gaji sudah stable)
3. Usahawan yang nak upgrade kereta yang lebih baik

… dan seterusnya. Lepas kenalpasti target audiens baru anda lebih mudah menulis copywriting.

.
2) Fokus pada keinginan dan solusi yang akan diterima oleh audiens.

Ini kesilapan yang biasa dilakukan oleh kita sebagai usahawan.

Kita sangka, semakin banyak info dan kelebihan produk, semakin tertarik audiens untuk membaca.

Padahal, kita hanya perlu fokus apa yang audiens mahu.

Contohnya, jika menjual produk kecantikan.

Tak perlu letakkan semua ciri-ciri dalam satu copywriting. Halal Jakim. UV protection. 100% natural. Diperbuat dari bahan organik. Bla bla bla.

Kita hanya letak beberapa yang relevan sahaja.

Kemudian terangkan bagaimana produk memenuhi keinginan pelanggan.

Contohnya seperti ini:

“Krim wajah ABC diperbuat dari aloe vera terpilih. Ia buat kulit anda jadi lebih licin dan cerah. Seawal 10 hari.”

Pelanggan hanya mahu tahu apa dia akan dapat. Bagaimana produk anda dapat bantu capai keinginan mereka. Itu sahaja.

.
3) Tulis seperti anda berbual dengan kawan anda.

Copywriting ini sebenarnya macam kita menjual secara langsung berdepan-depan.

Macam kita bercakap dengan audiens kita. Tapi kita ubah dari percakapan ke dalam bentuk tulisan.

Jadi, bila anda tulis, bayangkan anda seperti sedang bercakap dengan rakan anda.

Bayangkan, bagaimana anda terangkan dengan cara yang simple dan mudah faham.

Tak perlu ayat terlalu skema dan 100% ikut tatabahasa.

Guna bahasa yang biasa kita guna bila bersembang dengan rakan kita.

Yang penting, audiens faham mesej anda. Dia faham bagaimana produk anda capai keinginan mereka.

dan mereka tahu bagaimana nak hubungi anda.

.
4) Baca semula dengan kuat copywriting yang anda dah tulis.

Ini satu cara yang boleh dipraktik kan. Sebab kadangkala bila kita tulis nampak macam semua dah cantik.

Tapi bila kita baca balik dengan lantang, baru rasa ada yang kurang lengkap.

Baru nampak di mana ayat yang perlu diringkaskan.

Baru nampak ada ayat yang tak berkaitan dengan ayat sebelum ini.

Baru jumpa ada perkataan lain yang lebih baik untuk menceritakan produk.

Baru perasan ada ejaan yang salah.

Nampak macam simple tapi strategi ini memang berkesan dan banyak digunakan oleh para copywriter berpengalaman.

Tak percaya? Boleh cuba sendiri.

.
5) Masukkan unsur emosi dalam copywriting.

Ramai pakar-pakar marketing dan copywriting yang mengatakan, unsur emosi lebih dominan untuk pengaruhi manusia untuk membeli berbanding unsur logik.

Oleh itu, bila kita tulis copywriting. Selalu ingat untuk fikir, apa unsur emosi yang nak kita ceritakan dalam copywriting.

Salah satu cara adalah dengan meletakkan dialog atau monolog.

Contohnya bila anda jual produk penapis air. Anda boleh tulis begini untuk tarik perhatian audiens.

“Ish leceh betul. Nak kena masak air setiap kali anak nak susu.”

Dengan monolog, kita ingin tonjolkan emosi geram & penat seorang ibu.

Setiap kali anak nangis minta susu, nak kena masak air panas dulu. Baru boleh buat susu.

Dah lah penat buat kerja rumah. Sambil masak air tu kena dengar anak menjerit menangis sebab lapar.

Jadi, unsur seperti ini yang nak kita masukkan dalam copywriting.

Ia akan menyentuh emosi para ibu dan tarik perhatian mereka untuk baca apa solusi atau tawaran yang ingin kita berikan dengan produk kita.

.
Sekian dahulu lima strategi menulis copywriting yang padu.

Kami harap strategi ini dapat improve skill anda menulis copywriting dengan lebih baik.

.
.

Nak Belajar Cara Kami Tulis Copywriting Yang Lebih Beremosi?

Kami ada kumpulkan copywriting yang kami tulis untuk klien kami. Ianya adalah contoh-contoh yang anda mudah faham dan boleh apply terus.

Klik sini untuk download & baca contoh copywriting kami

Copyright © 2021 Adsolution Digital Marketing (LA0028044-U)