Copywriting anda akan jadi copywriting yang lengkap dan tersusun apabila semua unsurnya lengkap.
Bila copywriting anda lengkap, lebih mudah prospek memahami tawaran yang anda berikan kepada mereka.
Dengan itu, peluang copywriting anda untuk convert akan jadi lebih besar.
Apakah 5 unsur yang wajib ada dalam copywriting?
Dalam menghasilkan copywriting yang convert, ada 5 unsur penting yang perlu ada iaitu:
1) Headline
2) Content
3) Offer
4) Call To Action
5) Visual/Media
Baik, mari kita kupas satu per satu unsur ini.
.
Unsur 1-Headline.
.
Headline adalah unsur paling penting dalam copywriting. Ia menentukan samada prospek kita akan meneruskan untuk baca iklan kita sampai habis ataupun tidak.
Oleh itu, kita perlu beri tumpuan dalam menulis headline copywriting kita. Kami cadangkan anda gunakan headline yang menyentuh emosi prospek.
Ia akan buat prospek terus rasa mereka lah yang sedang kita ceritakan dalam headline kita.
Antara contoh headline dalam copywriting :
Niche Produk Kurus: Kenapa Makan Ubat Kurus Hari-hari Tapi Berat Badan Tak Pandai Turun-turun?
Niche Kecantikan: “Eh, saya bukan mak cik. Saya baru 30. 😭”
Simple kan? Baik, mari kita lihat unsur kedua.
.
Unsur 2-Content.
.
Unsur kedua adalah content. Content adalah isi iklan kita. Ia berperanan untuk menerangkan value (nilai) yang ada pada produk/servis kita.
Kita juga boleh letakkan USP (Unique Selling Proposition) kita. Apa ciri-ciri dan keistimewaan produk kita berbanding yang lain.
Content iklan boleh kita tulis dalam pelbagai cara. Sebagai contoh:
Content manfaat produk untuk pelanggan:
“Anak saya suka betul Jem Kaya ni. Siap nak buat bekal ke sekolah lagi.
Nak makan masa rehat nanti katanya. Tak perlulah anak saya berlari berebut ke kantin”
Content solusi untuk masalah pelanggan:
“Biasa la, rumah baru pindah ni air memang cepat kotor.
That’s why ramai pilih ABC untuk tapis air dengan cepat. Buang semua air kotor dari karat paip yang dah lama tak guna.”
Content yang baik akan buat prospek jelas dan faham bagaimana produk/servis kita dapat membantu mereka.
.
Unsur 3-Offer
.
Selepas menarik perhatian prospek dengan headline, dan menerangkan value produk dengan content, kini tiba masa kita tawarkan ‘offer’ agar prospek lebih tertarik untuk membeli.
Offer adalah tawaran kita kepada prospek. Ia bertujuan menjadi ‘push factor’ supaya prospek terus membeli.
Banyak cara boleh kita gunakan untuk meletakkan offer yang menarik.
Kita boleh nyatakan harga produk. Kemudian nyatakan tawaran seperti diskaun, free gift, penghantaran percuma, dan sebagainya.
Contoh offer :
“Dengan Jus ABC, anda boleh kurangkan risiko semudah 2 sudu sehari. Jus ABC dijamin selamat oleh KKM.
Harga serendah RM 50 untuk 1 botol. Boleh bayar masa barang sampai.
Kami belanja kos postage & 5 free gift lagi. Semua PERCUMA.”
Dalam contoh di atas, penjual menawarkan 2 offer iaitu 5 free gift dan free postage. Anda juga boleh letakkan apa sahaja ‘offer’ yang anda ingin tawarkan.
Pastikan tawaran yang anda berikan buat prospek rasa berbaloi dan rugi jika mereka tidak membeli produk kita.
.
Unsur 4-Call To Action
.
Call To Action selalu diringkas menjadi CTA. CTA adalah satu perintah yang kita letakkan dalam copywriting.
Ia memberi panduan kepada prospek untuk bertindak selepas mereka baca copywriting kita. Jangan letakkan terlalu banyak CTA. Cukup letakkan satu CTA yang ringkas dan mudah faham. Contoh :
“Jika anda berminat, klik link ini >>”
“Untuk tempahan, call 088-4563737”
“Dapatkan ebook percuma anda di sini >>”
.
Unsur 5- Visual/ Media
.
Visual memainkan peranan yang signifikan dalam copywriting. Ini kerana manusia cenderung lebih mudah tertarik pada visual (gambar atau video) berbanding tulisan.
Bagaimana menggunakan visual dalam membuat iklan?
Antara yang kami cadangkan adalah:
- Letak gambar manusia. Ia lebih mudah menyentuh emosi.
- Banyakkam guna video. Manusia lebih suka penerangan dalam bentuk video. Ia lebih santai dan mudah menarik perhatian.
Demikianlah 5 unsur yang wajib ada dalam copywriting. Jika anda letakkan 5 unsur ini dalam copywriting anda, kami yakin anda berpeluang lebih besar mendapatkan pelanggan. Selamat mencuba.
Nak tengok tak 9 Contoh Ads Creative yang kami dah berjaya hasilkan untuk 9 NICHE BERBEZA?
>>Klik sini untuk baca 3 contoh copywriting percuma<<
.
Sekiranya bermanfaat, SHARE artikel ini & TAG kawan-kawan anda yang perlu ilmu copywriting