Ada satu kesilapan yang paling kerap dilakukan oleh usahawan online yang run ads berbayar. Ketika ingin jalankan kempen jualan, mereka terus buat iklan dan fokus satu bahan iklan sahaja.
Sebenarnya, tak salah untuk kita berbuat demikian. Tetapi, dengan syarat kita sudah jalankan suatu proses yang dinamakan sebagai split test.
.
Apa itu split test?
Split test adalah suatu proses untuk mengenal pasti iklan mana yang paling berkesan untuk menarik perhatian audiens.
Selepas proses ini selesai, baru lah kita akan dapat sekurang-kurangnya satu bahan iklan yang proven boleh jana sales dan memberikan keuntungan yang lumayan.
Kalau sudah jumpa bahan iklan yang proven, tiada masalah untuk anda fokus satu bahan iklan sahaja kerana ia sudah terbukti berkesan & berkualiti.
Tapi kalau belum, kami rekomen anda buat split test terlebih dahulu.
.
Dalam artikel kali ini, kami akan pandu anda langkah demi langkah untuk hasilkan satu bahan iklan yang berkualiti.
Bahan iklan ini lah nanti yang akan digunakan untuk proses split test.
Jom kita mulakan.
.
7 Step Untuk Hasilkan Bahan Iklan untuk Tujuan Split Test
Bahan iklan yang kita akan fokus dalam proses split test adalah copywriting & poster.
Tujuannya supaya kita dapat hasilkan dalam kuantiti yang banyak tanpa memerlukan masa yang lama jika hendak dibandingkan dengan bahan iklan lain seperti video.
.
1) Siapkan headline & subheadline dahulu
Ini proses yang biasa kami lakukan untuk membuat marketing atau iklan.
Proses pertama adalah mengenalpasti siapa target market yang sesuai untuk kita sasarkan.
Kemudian baru kita minta copywriter siapkan headline dan subheadline.
.
Contoh produk : Tudung.
Target market : Para wanita muda yang bekerja & sibuk dengan kerjaya
Headline : “Alaa leceh la nak kena gosok tudung, dah lambat nak masuk ofis ni.”
Subheadline : “Memang stress. Bila kita sibuk terkejar-kejar nak ke pejabat, tapi terlupa nak gosok tudung pula”
.
2) Cari gambar model yang sesuai dengan headline dan subheadline tadi
Langkah kedua, adalah cari gambar manusia yang menggambarkan situasi dalam headline tersebut.
Anda boleh cari dalam website stock photo seperti shutterstock, pexel, dan lain-lain. Ataupun anda boleh cuba buat carian dalam website canva. Terdapat banyak pilihan stock photo yang boleh anda guna secara percuma.
Untuk headline seperti langkah 1, anda mungkin boleh guna keyword seperti asian women hijab, atau stress hijab women, angry muslim women, dan sebagainya.
Lihat gambar di bawah ini sebagai contoh.
Yang penting, bila prospek nampak gambar itu, memang dia boleh kaitkan dengan headline. Cerita tentang wanita berhijab yang sedang stress.
.
3) Terus hasilkan poster terlebih dahulu
Dengan gambar dan headline tadi, anda boleh mula hasilkan poster. Cukup yang simple sahaja.
Apa komponen yang perlu ada dalam poster?
.
Secara ringkasnya:
+ Gambar manusia sekitar satu per tiga dari saiz poster, di bahagian kanan
+ Tulisan headline di sebelah kiri
+ Letakkan logo produk atau gambar produk
+ Letakkan juga akaun social media
Ini sahaja sudah cukup. Yang penting, gambar jelas, dan headline mudah difahami. Cuba tengok poster aqiqah yang kami buat di bawah.
Mudah nak faham mesej yang nak disampaikan, bukan?
.
Satu lagi tips, jangan guna terlalu banyak komposisi warna. Nanti orang pening tengok terlalu colorful dan meriah. Malah nampak serabut.
Untuk lebih detail, anda boleh baca dalam artikel-artikel kami yang akan datang,
.
4) Kemudian, baru mula hasilkan copywriting berpandukan poster tadi.
Sambil anda siapkan poster, anda boleh mula tulis copywriting based on headline dan subheadline tadi.
Atau jika anda ada team copywriter, anda boleh minta mereka buat copywriting.
.
Tips menulis copywriting untuk split test adalah, cuba guna perspektif target market anda.
Jika anda ingin target wanita bertudung, situasi seperti dalam headline tadi.
.
Apa yang sangat berkaitan dengan masalah wanita bertudung tadi.
Apa masalah utama mereka? Nak nampak kemas ke pejabat tanpa harus penat gosok tudung?
Kenapa mereka nak nampak cantik dengan tudung yang kemas di ofis? Supaya lebih konfiden? Supaya lebih yakin nak buat presentation?
.
Kalau mereka konfiden dan perform, apa manfaat nya untuk mereka?
Cuba explore lagi lebih dalam supaya dapat sentuh hati target market anda.
.
5) Test upload ke facebook page anda & buka melalui phone.
Selepas siap copywriting dan poster, cuba upload di FB personal atau page dan lihat preview.
Terkadang bila kita buat poster dan copywriting, kita syok sendiri.
Lepas dah upload baru nampak. Ada salah ejaan, gambar senget, tersilap logo, dan sebagainya.
Bila kita dah lihat dalam phone, macam kita tengok iklan sebenar dalam FB. Baru dapat rasa feel macam mana prospek akan nampak iklan kita nanti.
.
6) Bayangkan anda sebagai pelanggan dan cuba baca iklan tersebut.
Sambil anda lihat dan baca iklan itu, bayangkan kalau anda adalah prospek.
Agaknya berminat ke tak nak baca iklan tu?
Gambar dah cukup menarik ke belum. Ayat copywriting senang nak faham ke.
.
Lagi bagus, kalau anda minta pandangan beberapa target market.
Anda target kan iklan kepada wanita bertudung yang bekerja kan?
Boleh cuba minta pendapat isteri,adik, atau kakak atau rakan sekerja wanita.
Mungkin mereka boleh berikan second opinion yang boleh improve iklan anda.
.
7. Adjust supaya mudah dibaca & touch up apa yang perlu.
Last sekali, lepas dah upload ke Facebook, dan minta pandangan rakan-rakan, tinggal perbaiki mana-mana yang perlu.
Jangan tunggu sempurna dahulu. Dah buat perbaikan, teruskan saja. Kasi jadi.
.
Anda boleh ulangi dari langkah pertama untuk hasilkan bahan iklan kedua, Tinggal tukar kepada target market yang lain sahaja.
Kalau dah siap tiga bahan iklan, anda dah boleh mulakan langkah split test untuk ads anda.
Semoga perkongsian kami dapat bantu anda hasilkan ads untuk buat split test.
.
.
By the way
Nak tengok 9 contoh bahan iklan dari 9 niche berbeza yang anda boleh jadikan idea untuk buat poster?
Klik link di bawah :
>>Saya nak tengok 9 contoh bahan iklan<<
#myadsolution