7 Tips Power Up Headline Anda

Seperti diterangkan dalam artikel sebelum ini, bahawa 70% kejayaan copywriting bergantung kepada headline.

Hal ini kerana headline merupakan stopper untuk market berhenti & baca iklan kita sampai habis.

Tak guna ayat power & berpengaruh tapi tak ada orang baca. Di sini peranan headline. Setuju?

Selepas kami analisis beratus jenis headline yang kami buat untuk sendiri & klien,

Kami nampak ada 7 perkara yang buat headline tersebut 3-5 kali lebih berkesan dari biasa iaitu…

Sementara itu, anda boleh SHARE artikel ini untuk rujukan pada masa depan. Klik SHARE sekarang.

.

Tips 1 – Angka/Nombor

Dengan meletakkan angka/statistik, headline kita jadi lebih berpengaruh & dipercayai.

Mana satu lebih menarik?

1- Ramai pelanggan berjaya kurus. 
2- 624 pelanggan kami berjaya kurus dalam 30 hari.

.

Tips 2 – Fakta/Kajian

Fakta dapat menambahkan kredibiliti headline kita.

Oleh itu, pelanggan lebih percaya dengan headline kita.

Mana satu lebih menarik?

1- Produk XYZ bakar lemak anda. 
2- Menurut kajian, Cambogia bakar lemak 5x lebih pantas.

.

Tips 3 – Authority/Pakar

Orang lebih percaya cakap Doktor dari orang biasa. Hal ini kerana Doktor ada authority.

Oleh itu, kita gunakan advantage tersebut dalam headline kita untuk boost trust pelanggan.

Mana lagi dipercayai; 

1. Madu dapat kuatkan badan kita.
2. Kajian Dr Mustafa dari UPM membuktikan madu dapat kuatkan badan kita.

.

Tips 4 – 3 Words Curiosity.

Ini antara teknik yang berkesan kami guna untuk hook perhatian pelanggan.

Headline kita hanya mengandungi 3 perkataan sahaja. Mostly, ayat yang buat orang curious.

Contoh, 3 words curiosity:

1. Saya dah fedup!
2. Kau dah gila?
3. Saya pun terkejut.
4. Marah betul mereka.
5. Kalau saya tahu…

Even, kalau anda baca pun anda rasa macam nak tahu kan apa yang jadi?

.

Tips 5 – Dialog.

Basically, kita mahu pelanggan rasa headline kita bernyawa. Seolah-olah ada pihak ketiga yang bercakap.

Asasnya, kita meletakkan pembuka & penutup kata iaitu “……….….”.

Mana satu lebih menarik?

1. 87% pengguna rasa selamat dengan CCTV kami.
2. “87% pengguna rasa selamat dengan CCTV kami.”

Dengan 1 perubahan kecil, dapat beri impak yang besar.

.

Tips 6 – Power USP

Ya, produk kita ada banyak keunikan, ada banyak manfaat. Tapi kita mesti pilih 1 yang paling power.

Tujuan supaya pelanggan percaya, wow dan rasa produk kita betul-betul menarik untuk mereka cuba.

Mana satu lebih menarik?

1. Produk kami berkesan hilangkan kutu kucing. 
2. Dengan sekali spray, gugur semua kutu kucing.

Pilihan 1, sangat broad & sama macam headline yang ada di luar market sana.

Pilihan 2, kita fokus kepada USP cara guna yang sangat mudah & kesan yang cepat.

.

Tips 7 – Emotion Injection

Kita masukkan elemen emosi dalam headline kita.

Ada 2 jenis emosi yang kita boleh guna iaitu positif & negatif.

Contoh emosi positif – Seronok, Bahagia, Gembira, Senyum.
Contoh emosi negatif – Sedih, Stres, Frust, Geram.

Mana lebih menarik? 

1- Masalah kutu kucing makin teruk? 
2- Sedih tengok bulu kucing banyak gugur sebab kutu?

Ada banyak pendapat – Yang mana lebih berkesan? 

Emosi negatif atau positif?

Nobody knows. Anda wajib split test.

Sebagai tanda terima kasih kerana tonton sampai sekarang, saya nak kongsi…

.

10 perkataan berpengaruh.

10 perkataan ini anda boleh guna & play around dalam headline anda. Buat sampai jadi.

Ini 10 perkataan berpengaruh:

1. Anda
2. Rahsia
3. Bagaimana
4. Percuma
5. Cepat
6. Terbaru
7. Terbukti
8. Pendedahan
9. Senang/Mudah
10. Ketahui

Sekiranya bermanfaat, SHARE artikel ini & TAG kawan-kawan anda yang perlu ilmu copywriting.

.

(Percuma) Baca Contoh Headline dan Copywriting Percuma Ini.

Saya ada tulis tiga buah contoh headline dan copywriting untuk klien kami. Anda tinggal tiru dan adjust sahaja untuk produk/servis anda

Klik sini untuk baca contoh headline dan copywriting secara percuma.

Copyright © 2021 Adsolution Digital Marketing (LA0028044-U)