Cara Kurangkan Kos Iklan Untuk Tarik Pelanggan ke Website

 

Bagi yang sudah biasa menggunakan Facebook Ads, memang banyak istilah teknikal yang digunakan.

Reach, Engagement, Cost Per Click (CPC) , Cost Per Lead, dan macam-macam lagi. 

Yang penting kita faham. Semua istilah tersebut adalah untuk memantau sejauh mana iklan kita berkesan.

Kita nak tahu, adakah berbaloi wang yang kita habiskan dengan hasil yang kita dapat?

 

CARA UNTUK KURANGKAN COST PER LANDING PAGE VIEW ( LPV )


Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan cara untuk kurangkan “Cost Per Landing Page View”.

Apabila kita run iklan Facebook Ads yang bertujuan untuk prospek masuk ke landing page kita, sudah tentu kita nak iklan kita efektif.

Efektif dari segi apa? Tak lain tak bukan adalah dari segi kos. Lebih banyak kita dapat jimat, lebih untung lah bisnes kita.

Katakanlah, kita letak bajet RM 1,000 kita boleh dapatkan 10,000 orang klik & view landing page kita.

Bolehkah kita buat, dengan bajet RM 700 sahaja, kita dapatkan jumlah view landing page yang sama, iaitu 10,000 view?

 

SUDUT PANDANG AUDIENCE TERHADAP IKLAN KITA

Baiklah sekarang mari kita lihat dari perspektif audience semasa kita jalankan kempen Facebook Ads. 

Ini adalah apa yang berlaku pada audience apabila kita run FB ads.

 

1. Mereka sedang Scroll newsfeed & ternampak iklan kita. 

 

 

2. Ada “sesuatu” yang membuatkan mereka untuk stop & klik iklan kita. 

 

 

3. Lepas dah baca iklan kita, mereka akan decide untuk : 

A. Dapatkan maklumat lanjut di Website

 

 

ATAU

 

 

B. Teruskan scroll newsfeed

 

 

 

Apakah “sesuatu” yang berjaya buatkan Audience Stop dan baca iklan kita?


“sesuatu” tersebut ialah Ads Creative (Gambar/Video/Poster) yang kita gunakan.

Idea nya adalah, bila lebih ramai orang Stop & Klik iklan kita, automatik akan lebih ramai yang akan masuk ke Website/Landing Page. 

Jadi, cara pertama untuk jadikan “Cost Per Landing View” boleh jadi murah adalah dengan :


1) Perbaiki Ads Creative.


Bagaimana cara perbaiki ads creative?

  • Tukar gambar yang digunakan
  • Ubah komposisi warna pada poster
  • Tukar tulisan headline pada poster
  • Ubah gambar jadi video pendek


…dan sebagainya.

Anda boleh refer Ads Creative yang kami dah berjaya hasilkan untuk Clients kami sebelum ini di sini : https://adsolution.my/contoh-bahan-iklan

Ada 9 Contoh Ads Creative untuk 9 Niche berbeza yang anda boleh ambil idea & tiruvasi untuk Kempen Iklan anda. 

 

Sebelum itu, teruskan membaca…

Baiklah, katakanlah sebelum ini, “Cost Per Landing Page View” kita mahal sebab yang masuk ke website tu sikit.

Sekarang, kita dah berjaya buatkan mereka berhenti & baca iklan dengan mengubah Ads Creative. Akan tetapi, kita masih gagal untuk buat mereka Klik dan masuk ke Website/Sales Page. 

 

 

Oleh sebab itu, Kos masih mahal. Jadi, apa nak buat?

Ok, perkara seterusnya yang kita boleh ubah adalah :

 

2) Perbaiki Offer. 


Offer bermaksud tawaran apa yang kita berikan kepada prospek. Boleh jadi produk kita memang terbaik.

Namun, jika tawaran yang kita tak berjaya buat audience teruja, mereka tak akan klik ke website.


Apa contoh aplikasi perbaiki offer?

 

Jika kita jual Vacuum Cleaner. Sebelum ini, tawaran kita adalah :



“Free gift, voucher Parkson bernilai RM 100.”

 

Cuba tukar kepada tawaran lain yang lebih limited, seperti:

 

“Khas untuk 50 pembeli terawal, PERCUMA Set Kain Norwex bernilai RM 99.”

 

Atau jika anda tahu audiens anda ibu-ibu muda, mungkin buat tawaran seperti ini : 

 

“Diskaun 15% + FREE webinar parenting bersama Ustaz Ebit Liew bernilai RM 100.”

 

Tapi ingat! Jangan buat iklan “Click Bait”. 

 

 

Maksudnya, kita umpan Audience dengan letak tajuk iklan yang terlalu berlebihan, atau dengan janji yang over promise, atau misleading.

 

Contohnya : “Confirm dapat RM 10,000 dengan menggunakan teknik ini!”

 

Tajuk dah menarik, tapi betul ke kita ada jual panduan bisnes yang confirm boleh buat audiens jana RM 10,000?

Memang confirm kos iklan akan murah sebab ramai klik. Tapi nanti jangan pelik kenapa Conversion Rate merudum pulak. 

 

Situasi ini sama macam buat iklan ke WhatsApp tapi tak letak harga. 

Seronok cerita dekat orang Cost Per Lead murah tapi lepas kita bagitahu harga, kena bluetick. 

Sebab kita tarik prospek yang tak berkualiti.

 

Dah faham kan? Anda boleh terus apply dua cara tadi.

Semoga perkongsian ringkas ini dapat bantu anda kurangkan “Cost Per Landing Page View” anda ya.

 

By the way…

Tengok 9 Contoh Ads Creative untuk 9 Niche Berbeza yang anda boleh ambil Idea & Tiruvasi untuk Kempen Iklan anda.

 

Klik di sini => https://adsolution.my/contoh-bahan-iklan

#myadsolution

Copyright © 2021 Adsolution Digital Marketing (LA0028044-U)