Pernah Dengar Call To Action atau disingkat CTA?
Call To Action adalah salah satu komponen penting dalam copywriting
Biasanya ia diletak di bahagian akhir copywriting.
.
Ia adalah seruan untuk prospek bertindak, selepas mereka baca copywriting kita.
Tindakan tu boleh jadi klik link ke, ajakan untuk datang kedai kita ke.
Yang penting kita nak dia klik link kita tanpa banyak fikir.
.
Contoh :
“Untuk info lanjut, tekan sini > wassap.me/60186484967“
“Berminat untuk dapatkan buku ini?
Klik >bukumewarna.com“
“Nak menang hadiah percuma?
Daftar sekarang di sini >www.eventjam.com“
.
Kenapa CTA Penting?
Ini kerana ia akan bantu kita capai tujuan copywriting.
Untuk buat prospek bertindak.
.
Supaya copywriting kita berhasil bawa dia untuk…
wassap kita, link kan ke website jualan kita, daftar seminar kita, dan sebagainya.
Jadi bagaimana kita menulis CTA yang baik, untuk bantu kita close sales?
.
1) Jelas & Mudah faham.
Tak perlu terlalu panjang, dan complicated.
Tulis ayat yang simple dan to the point.
Kadang kala orang dah penat baca copywriting kita panjang-panjang tu.
Di bahagian akhir, cukup tulis ajakan yang short and simple.
.
Tak perlu begini :
“Jika anda rasa anda layak untuk bergabung dengan team kami,
ayuh gabung bersama kami dengan cara klik pautan ini >abc.com“
.
Cukup begini :
“Nak join team kami?
Daftar sini >abc.com“
.
Mana lagi senang faham dan buat prospek terus tekan?
Yang kedua kan.
.
2) Jangan banyak banyak.
Tak perlu letak Call To Action banyak-banyak.
Serius. Nanti orang pening. Nak call ke, nak wassap ke, nak cek senarai di website ke.
Cukup letak 1 sahaja. Kalau nak letak lebih pun maksimum dua.
Tapi biasanya satu sahaja sudah cukup dan memadai.
3) Elakkan typo & silap teknikal link.
Ha, ini penting. Copywriting semua dah power.
Eh tiba-tiba typo dekat CTA.
.
Patutnya no. Hp 019 , kita tulis 018. Tak ke haru jadinya.
Leads nanti masuk ke no handphone orang lain, ah sudah.
.
Ataupun, sepatutnya website kita cookies.com eh typo jadi cokies.com
Orang dah nak beli tu, eh tak dapat link ke website kita.
Mesti frust kan.
.
Jadi, sebelum blast, pastikan cek CTA kita dua tiga kali.
Pastikan betul dan menjadi baru blast copywriting Ok.
.
4) Recall keinginan atau tawaran.
Contoh copywriting penapis air, kita boleh sahaja terus letak direct :
“Nak daftar coway dengan saya? Klik > …”
.
Jika nak recall semula apa mereka akan dapat, atau recall semula tawaran kita, boleh juga buat begini :
“Nak daftar dan dapat free gift hari ini?
Klik sini>…”
.
Dengan ini, prospek teringat semula tawaran yang kita berikan, dan trigger mereka untuk terus bertindak.
.
Sekarang dah faham kan, bagaimana cara tulis Call To Action (CTA) yang dapat buat prospek terus klik dan bertindak?
Sila praktikkan tips ini dan share kepada rakan-rakan jika anda rasa ia bermanfaat.
.
.