[CASE STUDIES] Bagaimana Kami Berjaya Dapatkan Jualan Hanya Dengan Mengubah Customer Angle

 

PENGENALAN

 

Pelanggan kami ialah Puan Zalifah Muhd Yatim, iaitu Co-founder kepada Kapas Kapas Ventures Sdn Bhd yang menjual Stokin Kesihatan khusus untuk Jemaah Haji & Umrah. 

Seperti yang semua sedia maklum, akibat Pandemik Covid-19, segala urusan berkaitan Haji & Umrah terhenti buat sekian lamanya.

.

Jadinya, Target Market UTAMA syarikat ini telah pun disekat lalu menyebabkan Jumlah Sales menurun secara mendadak dan baki Stok bertimbun tak dapat dijual seperti sebelumnya. 

Pada awal Januari 2021, Puan Zalifah telah menghubungi kami untuk mendapatkan khidmat konsultasi PERCUMA dan Servis Pengiklanan Facebook Ads untuk tarik Audience ( leads ) ke WhatsApp. 

 

.

LANGKAH PERTAMA – Fasa Perbincangan

 

Kami cuba brainstorm Target Market lain yang berpotensi untuk dipasarkan produk Stokin Kesihatan ini. 

Antaranya : 

 

1. Ibu yang sedang berpantang 

2. Ibu yang bakal melahirkan anak

3. Anak-anak yang ibu/bapa yang ada masalah sakit kaki

4. Anak-anak yang ada ibu/bapa yang terkena Strok

5. Pekerja kilang yang terpaksa berdiri lama untuk Shift 12 jam

 

Setelah kami mendapatkan beberapa Target Market baru yang berpontensi tinggi, sekarang masanya untuk kami hasilkan bahan iklan yang KHUSUS untuk setiap Target Market tadi. 

Ini antara Poster yang kami hasilkan untuk setiap Target Market : 

         

Target Market pekerja kilang shift 12 jam.

               

 

Target Market ibu bapa sakit terlantar atas katil. 

 

Target Market ibu yang berpantang / bakal melahirkan anak.

 

Salah satu contoh Copywriting yang kami hasilkan : 

.

LANGKAH KEDUA- Fasa Split Test

 

Setelah kami siapkan bahan iklan yang khusus untuk setiap Target Market, sekarang tiba kepada Fasa Setting Ads untuk Split Test.

Kami menggunakan Structure Ads seperti berikut : 

 

Iklan dibiar berjalan selama 2-3 hari untuk tengok Ads Creative / Target Market mana yang memberi Result yang baik. 

Hasilnya, Iklan yang Target Market ibu berpantang berikan Result yang paling baik. 

.
LANGKAH KETIGA – Fasa Scale Up 

 

Untuk makluman, terdapat 3 Jenis Ads Scaling iaitu : 

1. Creative Scaling

  • Iaitu dengan Split Test lebih banyak Ads Creative

 2. Horizontal Scaling

  • Iaitu dengan cara Split Test Audience baharu 

3. Vertical Scaling

  • Iaitu dengan cara nikkan budget pada iklan yang berikan result yang konsisten 

.

CREATIVE SCALING

Kali ini kami Split Test Iklan berbentuk Video pulak. Ada 3 Video yang kami gunakan iaitu : 

1. Video Ayah yang dah boleh bertatih berjalan setelah lumpuh

https://www.facebook.com/KapasKapasofficial/posts/1294002620970243

 

2. Video Testimony seorang pekerja kilang 

https://www.facebook.com/KapasKapasofficial/posts/1294008664302972

 

3. Video Dialog antara Anak dan Ibu yang sakit kaki https://www.facebook.com/KapasKapasofficial/posts/1294012970969208

 

( boleh klik link di atas untuk tonton video & copywriting yang kami gunakan ) 

Hasilnya, Video pertama dapat result yang paling baik. 

.

HORIZONTAL SCALING

Memandangkan kami dah berjaya mendapatkan :

  1. 2 Bahan Iklan yang berkesan ( Winning Ads Set ) 
  2. dan 2 Target Market yang High Demand

Sekarang masa untuk kami Split Test Audiences pulak. 

Dan hasilnya, setelah kami Spent sebanyak RM1,515.89, kami berjaya mengumpul lebih kurang 225 Total Leads yang mana setiap Cost Per Lead RM6.74.

Nak tahu hasilnya ? Jom tengok bukti Testimony dari Screenshot WhatsApp ni. 

 

ROAS 4 kali ganda & Profit lebih kurang 35 – 45%

 

KESIMPULAN

 

Niat awal untuk habiskan stok 2020 yang bertimbun dah tercapai. Belum dapat habiskan kesemuanya lagi sebab sekarang cuma ada seorang Team Sales. 

Beliau tanya apa yang cadangan yang boleh kami bagi untuk bantu tingkatkan lagi Jualan produk. Jawapannya tak lain dan tak bukan adalah dengan menghasil website dan mula AUTOMATE-kan bisnes. 

.

Macam yang saya cakap dalam group whatsApp, dalam screenshot tadi, Team Sales sampai satu tahap akan ada Limit. Untuk nak Scale Up pun agak susah sebab memerlukan tenaga kerja & training lagi. 

.

Jadinya, sekarang beliau sudah pun upah orang untuk mendirikan Website untuk produk beliau. 

InshaAllah, kalau ada rezeki kami akan jalankan pula Kempen Pengiklanan Objektif Conversion untuk produk Stokin Kapas-Kapas ini. Amiin.

By the way

Nak tengok tak 9 Contoh Ads Creative yang kami dah berjaya hasilkan untuk 9 NICHE BERBEZA?

Klik link di bawah

>>Saya Nak tengok 9 contoh ads creative<<

 

 

Copyright © 2021 Adsolution Digital Marketing (LA0028044-U)