PENGENALAN
Pelanggan kami adalah syarikat Genius Wisdom SDN BHD, iaitu sebuah syarikat yang menawarkan servis pemasangan solar panel yang dapat memberi penjimatan bil elektrik sehingga 90% setiap bulan.
Mesti semua orang sedia maklum yang pemasangan solar panel bukannya 1-2 ribu ringgit, tetapi berbelas bahkan berpuluh ribu bergantung kepada jenis rumah, kadar penggunaan elektrik, kawasan tempat tinggal dan lain-lain.
Syarikat ini bertapak di Shah Alam, Selangor. Kami juga dimaklumkan bahawa terdapat juga syarikat-syarikat lain yang “lebih agresif” yang juga menawarkan servis yang sama di kawasan sekitar.
.
Jadinya, kami terpaksa buat dua pilihan besar sama ada untuk turut bersaing atau bermain di padang sendiri.
Bahan iklan yang kami gunakan mungkin bagi anda “AGAK SIMPLE”. Tetapi, di sebalik itu, ia adalah hasil kajian demi kajian yang kami buat untuk dapatkan data-data yang penting daripada competitor lain sebelum akhirnya memutuskan untuk menggunakan bahan iklan tersebut.
LANGKAH PERTAMA – Fasa Research
Dengan bantuan internal team dari pihak mereka sendiri, kami dapat short list-kan sebanyak 6 buah syarikat pesaing yang lain.
Sekarang tiba masa untuk kami hantar spy untuk setiap syarikat supaya kami dapat korek sehabis boleh tentang kelebihan dan kelemahan pesaing-pesaing lain.
Untuk makluman, dalam fasa ini, formula S.W.O.T analisis sangat-sangat membantu.
S – Strength
W – Weakness
O – Opportunity
T – Threat
Untuk langkah ini, kami akan kongsikan beberapa cara yang kami guna untuk dapatkan data-data penting daripada pesaing kami.
1.Masuk ke Website
- Pada bahagian ini sahaja sebenarnya anda dah boleh dapatkan info yang lengkap tentang pesaing anda.
- Tetapi, dalam situasi kami, info yang disediakan hanya lah On Surface, kami perlu menyelinap masuk lebih dalam ke dalam kubu mereka.
2.Klik segala butang seperti “Get Quote”, “Learn More”, like page, posting dan comment pada page Competitor.
- Tujuannya supaya kita terkena iklan retargeting daripada mereka.
- Jerung-jerung dalam pengiklanan biasanya akan pasang tracking tools seperti Facebook Pixel & Google Tags untuk jejak semula siapa yang dah pernah masuk ke kawasan mereka.
- Iklan fasa retargeting ni lain. Jika anda tak buat macam ni, anda hanya akan nampak iklan yang general sahaja.
- Iklan fasa ini biasanya lebih tekankan kepada offer dan kelebihan, dari sini lah kami boleh dapatkan maklumat yang lebih mendalam tentang pesaing kami.
3. Menyamar sebagai Pelanggan
- Ini adalah “Last weapon” yang anda boleh guna pakai sekiranya masih ada maklumat yang belum anda dapat daripada pesaing anda.
- Antaranya seperti :
- Klik Link ke WhatsApp untuk bertanya direct kepada consultant mereka
- Isi leads generation form dan tunggu mereka Follow Up dengan details & offer.
dan langkah paling berani, anda boleh terus list down maklumat yang anda perlukan dan terus call mereka untuk bertanya.
.
Bila anda dah buat ketiga-tiga langkah ini, dijamin S.W.O.T analisis anda akan jadi sangat lengkap dan anda dah boleh menyusun strategi rapi untuk menyerang.
LANGKAH KEDUA – Penghasilan Bahan Iklan
Seperti biasa, dunia pengiklanan tak akan pernah lari daripada fasa split test.
Untuk memulakan asa ini, kami come out dengan 3 target market iaitu :
- Aircond Heavy User
2. Orang yang sedang berjimat menggunakan Cara Illegal
3.Bil Eletrik naik mendadak waktu PKP
Memandang kami sangat letih pada bahagian research, data yang kami dapat pun bagi kami SANGAT VALUABLE. Jadinya, minta maaf kami tak dapat kongsi dengan lebih mendalam.
Seterusnya, kami menggunakan Facebook Ads structure seperti berikut :
Iklan dibiar berjalan selama 2-3 hari untuk tengok Ads Creative / target market mana yang memberi result yang baik.
Hasilnya, Iklan yang target market Aircond Heavy User berikan Result yang paling baik.
Tengok lah betapa murahnya Cost Per Lead untuk produk yang bernilai berbelas sehingga puluhan ribu ringgit ni.
Pengiklanan bukan hanya Setting semata-mata. Tak semudah “tekan-tekan terus siap”. Kerja belakang tabir itu yang membezakan antara Ordinary dan Extraordinary Marketing Agency.
APA FEEDBACK PELANGGAN KAMI ?
Baru masuk 20 leads, 4 orang dah setuju untuk site visit dan 2 orang dah berjaya close. Boleh buat anggaran yang conversion rate dalam 20%.
Setakat sekarang waktu kami tengah tulis Case Study ni, dah ada 164 Total Leads dengan anggaran Cost Per Lead RM3.
Okay kita stop dulu bab-bab anggaran ni sebab on paper memang nampak cantik.
KESIMPULAN
Apa-apa pun, yang pentingnya sekarang ni, dari sudut marketing kami dah berjaya buat sebaik mungkin untuk dapatkan :
- Target Market yang High Demand
- Cost Per Lead yang Murah
- Conversion Rate yang Acceptable
- Rough Profit yang lebih daripada cukup untuk Cover Cost Iklan
p/s – Iklan baru sahaja berjalan untuk tempoh 2 minggu tetapi mereka dah Grab Offer untuk bayar Lumpsum bagi tempoh 3 bulan berikutnya. Alhamdulilah!
Jika ada rezeki, besar kemungkinan kami akan teruskan pula dengan projek ke-2 Genius Wisdom SDN BHD iaitu Dental Supplies untuk dipasarkan kepada klinik-klinik pergigian di seluruh Semenanjung Malaysia, InshaAllah.
Btw
Nak tengok tak 9 Contoh Ads Creative yang kami dah berjaya hasilkan untuk 9 NICHE BERBEZA?
Klik link di bawah
>>Saya Nak tengok 9 contoh ads creative<<
#myadsolution