Bisnes setempat atau local business merujuk kepada
bisnes yang menjual produk atau menawarkan servis dalam suatu kawasan.
.
Pemilik bisnes tentu berusaha untuk reach prospek yang ada di sekitar mereka.
Mungkin dalam radius sekitar 5-10 km.
.
Mungkin mereka mahu mereka singgah ke kedai makan mereka.
Atau datang ke workshop kereta mereka.
Atau singgah ke carwash mereka.
Atau tawarkan khidmat datang membersihkan rumah di sekitar kawasan berkekatan
dan lain-lain.
.
Kali ini kami kongsikan lima idea untuk anda pasarkan bisnes anda di lokaliti anda berada.
1) Cari medium pengiklanan percuma di kawasan anda.
Untuk bermula dengan zero kos, anda boleh cuba cari medium marketing percuma.
Mungkin ada surau atau masjid yang membenarkan anda tampal poster bisnes anda di masjid mereka.
Asalkan anda jemaah surau di sana.
.
Boleh jadi ada radio lokal yang sediakan slot perkongsian usahawan.
Anda boleh kongsi ilmu sambil perkenalkan bisnes anda.
Mungkin ada grup Facebook atau wassap lokaliti yang anda boleh join.
Anda boleh war-war kan bisnes anda di sana..
.
Kita cuba berfikir kreatif. Cari medium yang sesuai dan relatif lebih dapat jangkau audiens yang ramai.
Satu lagi, daftarkan business anda di Google Mybusiness.
Supaya bisnes anda dapat dijumpai dalam Google maps.
2) Sebarkan flyers.
Ini cara klasik. Tapi jika buat dengan cara yang betul, ia masih berkesan.
Contoh yang pernah dibuat oleh ejen pemasaran syarikat telco.
.
Apabila ada kawasan perumahan baru.
kemudian di sana belum ada yang membuat khidmat pemasangan home Wi-Fi.
Anda boleh print flyers ringkas.
.
Letakkan kelebihan telco anda. Berapa bayaran sebulan. Berapa lama kontrak. jangan lupa sertakan cara untuk hubungi anda.
Anda boleh sebarkan dalam peti surat rumah mereka.
Atau sebarkan di keramaian selepas solat jumaat misalnya.
3) Manfaatkan iklan online berbayar.
Usahawan digital sebaiknya manfaatkan marketing menggunakan internet marketing.
Banyak pilihan. FB ads. Google ads. Radio.
Yang penting, anda tahu objektif pemasaran menggunakan medium tersebut.
.
Kedua pastikan ada ilmu asas dan teknikal tentang platform berbayar yang anda pilih
Anda boleh target mereka yang berada dalam radius 10 km dari kedai anda sebagai permulaan.
Tentu anda juga boleh test.
Dengan setting image/videos, copywriting dan pemilihan audiens bagaimana yang berikan hasil lebih baik.
Untuk servis pemasaran digital marketing, boleh lihat sini
4) Tawaran istimewa semasa launching.
Jika kedai anda baru buka.
Anda boleh buat promosi istimewa hari pelancaran.
.
Contohnya jika kedai makan, promosi 50% pada hari pembukaan sahaja.
Chichen Chop hanya RM 5. Free Air Sirap.
Bila mereka suka menu anda.
Mesti mereka akan datang lagi.
.
Ada juga kedai gajet buat promosi.
Pasang screen protector RM 1 sahaja selama 3 hari.
Selain tukar screen protector, pelanggan ada juga yang beli cable charging, beli casing, dan macam-macam lagi.
Nampak simple kan. Tapi memang power.
5) Aktif join program komuniti.
Agar bisnes anda semakin diterima, seeloknya anda rajin join program komuniti.
.
Boleh join sebagai AJK surau.
Mungkin mereka perlu khidmat katering anda.
Bila join kelab memanah.
Mungkin juga mereka perlu khidmat basuh kereta.
.
Boleh juga join JKK kampung.
Mana tahu mereka perlu training keusahawan yang anda tawarkan.
Dah dapat idea marketing untuk bisnes anda?
Jemput kongsikan artikel ini jika anda rasa dapat bantu rakan-rakan usahawan anda.
.
.