Ini 7 Cara Buat Copywriting Anda Lebih Beremosi

Sepanjang kami uruskan iklan klien 5 angka sebulan, kami dah cuba pelbagai jenis copywriting.

Dari situ kami jumpa titik persamaan bagi kempen iklan yang berjaya iaitu…

Ini 7 elemen wajib ada dalam winning ads campaign yang dah generate 6-7 angka.

.

Elemen 1 – Tulis Apa Yang Market Nak Baca & Tahu.

Ini kepentingan untuk kita kenal pelanggan. Kita tahu apa masalah mereka & apa yang mereka mahu.

Selain daripada template kenal pelanggan, anda boleh buat survey kepada pelanggan sedia ada.

Paling mudah, buat contest jawab survey & menang. Blast kepada semua database.

Data yang anda dapat, boleh buat banyak jenis copywriting yang sangat powerful.

Tugas anda, hanya perlu split test sampai jumpa winning ads campaign. Then, scale up.

.

Elemen 2 – Ultimate Headline

Apa ada dengan headline? Headline yang akan menjadi stopper untuk orang berhenti & baca.

Tak guna ayat berpengaruh kalau headline langsung tidak mencangkuk perhatian pelanggan.

Kami nak kongsi 3 template headline yang anda wajib cuba dalam kempen anda & tengok sendiri result.

Template 1: 

Siapa Lagi Yang Nak (Manfaat) Tanpa (Halangan)?

Contoh Headline: 

1. Siapa lagi yang nak wajah flawless tanpa bahan berbahaya?

2. Siapa lagi yang nak kurus tanpa susah payah bersenam?

Template 2: 

Dah Ramai Cuba (Produk) Sebab (USP).

Contoh Headline: 

1. Dah ramai cuba katering kami sebab harga ikut bajet.

2. Dah ramai cuba Obses Cosmetic sebab dapat free masker & free brush.

Template 3: 

Anda (Market) Yang Nak (Manfaat) Dengan (Kelebihan).

Contoh Headline: 

1. Anda pelajar yang nak tudung susah kedut dengan murah?

2. Anda cikgu yang nak kurus dengan selamat?

.

Elemen 3 – A Bit of Emotion.

Jangan melampau-lampau @ menakutkan pelanggan kita dengan ugutan & ancaman.

Contoh – Bertindak segera kalau tak nak kaki anda kena potong & tanggung kos yang tinggi.

Sebaiknya, 

“Sebelum keadaan menjadi lebih parah & menyusahkan lebih ramai pihak, ini ikhtiar yang anda boleh cuba.”

Jangan melampau-lampau @ memberi harapan yang berlebihan kepada pelanggan kita.

Contoh – Selepas ini, anda boleh kurus 10 kg & ramai wanita tergila-gilakan anda. Best kan?

Sebaiknya, 

“Dengan pengambilan yang konsisten, anda boleh kurus seperti 8,365 pengguna kami yang lain.

Jelas kan? Kita tidak terlampau bermain dengan emosi. Kita hanya guna sedikit sahaja.

.

Elemen 4 – Kekemasan Penulisan.

Apa guna ayat power kalau pelanggan nak baca pun susah.

Anda boleh guna selang baris untuk mudah baca & icon untuk highlight point utama anda.

Selain itu, anda boleh guna CAPITAL LETTER untuk headline atau point-point penting.

Untuk icon menarik di desktop, boleh guna https://fsymbols.com/.

.

Elemen 5 – Remind Hot Button.

Kita sudah kenalpasti masalah/kemahuan pelanggan. It’s good kita dah masukkan dalam copywriting.

It’s better kalau kita remind masalah/kemahuan pelanggan sekali lagi pada bahagian offer @ CTA.

Contoh: 

1- Jangan biarkan (masalah) anda semakin parah.

2- Anda masih ada harapan untuk (kemahuan).

3- Beri peluang kepada diri anda untuk (kemahuan).

Hal ini akan menguatkan lagi sebab untuk pelanggan cuba produk/servis anda.

.

Elemen 6 – Cerita/Pengalaman Pelanggan

People loves story. In our case, customer story akan mempengaruhi keputusan pelanggan.

Market hanya membeli sekiranya produk kita berkesan. Oleh itu, kita guna endorsement dari pelanggan kita.

Hal ini dapat meningkatkan keyakinan market untuk at least cuba produk/servis kita.

Kumpul cerita pengalaman daripada team customer services kita. Mereka contact rapat pelanggan kita.

Tanya 7 soalan ini sahaja;

1- Apa masalah anda sebelum ini?

2- Apa kesan masalah terhadap diri anda?

3- Apa usaha yang anda dah buat?

4- Bagaimana jumpa produk/servis kami?

5- Apa hasil anda dapat selepas cuba produk kami?

6- Apa yang paling best tentang produk kami?

7- Apa pengalaman yang anda tak boleh lupa?

Apabila anda dapat jawapan bagi semua soalan ini, anda dapat buat story yang sangat berpengaruh.

.

Elemen 7 – Attractive Visual

Selain daripada headline, visual juga memainkan peranan sebagai stopper untuk market berhenti & baca.

Majoriti kempen kami menggunakan visual artikel yang berupa artikel content, review & testimoni.

Video content untuk kumpul pelanggan. Manakala, artikel review & testimoni untuk retargeting.

At least, anda boleh mula dengan rakam diri pegang produk & give some review. Itu pun ok for starting.

Kadang-kadang, artikel HP lebih convert daripada artikel korporat yang canggih-canggih.

Modal hanya – Smartphone + Apps Inshot for editing.

Sekiranya bermanfaat, SHARE artikel ini & TAG kawan-kawan anda yang perlu ilmu copywriting.

.

(Percuma) Nak Baca Contoh Copywriting Beremosi Yang Anda Boleh Tiru & Guna?

Kami ada kongsi beberapa contoh copywriting yang anda boleh copy paste & guna terus dalam kempen marketing & sales anda.

Klik sini untuk baca contoh copywriting percuma.

Copyright © 2021 Adsolution Digital Marketing (LA0028044-U)