Ini Ramuan Yang Boleh Buat Anda Tulis Copywriting Lebih Pantas

Ada satu konsep yang menarik dalam menulis copywriting.

Saya pelajari konsep ini dalam salah satu kelas bisnes yang saya join tahun lalu.

.
Kata coach dalam kelas “Menulis copywriting seperti memasak.”

Sebenarnya tak susah mana pun.

Asalkan sudah ada resipi dan ramuannya.

.
Kalau nak masak, bawang dah siap tumbuk, ayam dah defrost, gula & garam dah asing siap-siap.

Bahan-bahan sesuai resepi dah ada kat tepi.

Tinggal campak, campur dan goreng sahaja.

.
Sedap tak sedap tu cerita lain.

Tentu perlu latihan dan pengalaman.

Begitu juga dengan copywriting.

Ia akan jadi susah dan lama kalau kita tak ada ramuannya.

.
Jadi, apa ramuan menulis copywriting?

.
1) Senarai masalah yang produk anda selesaikan.

Produk atau servis kita dicipta untuk selesaikan masalah.

Jadi kita wajib tahu, apa masalah prospek kita.

Dan apa solusi yang produk kita tawarkan terhadap masalah itu.

.
Katakan anda jual produk kecantikan.

Senaraikan masalah target market anda.

.
Contoh :

  1. Wajah berminyak.
  2. Kulit terasa kasar.
  3. Wajah banyak jerawat.

Dari sini anda dah boleh ada idea.

.
Nak tulis headline pun boleh

Contoh : “Rimas dengan wajah yang berminyak?”

.
Nak tulis copywriting jenis content pun dah dapt idea.

Contoh : 3 Tips Atasi Masalah Jerawat

Kalau sambung tulis sampai siap, bukan ke dah boleh siap 2 copywriting tu?

.
2) Senarai keinginan audiens anda

Misalnya anda jual makanan instant untuk bayi

Pertama, anda boleh kenalpasti untuk siapa produk ini.

Para ibu ayah yang ada anak umur 1-3 tahun, contohnya.

.
Senaraikan apa keinginan mereka?

1. Nak anak berselera makan
2. Mahu beri anak makanan sihat
3. Nak sediakan makanan bayi dengan cepat sebab sibuk bekerja

.
Ok, sekarang nampak tak?

Anda boleh olah keinginan ini untuk jadi copywriting anda.

Contoh ayat copywriting based on keinginan no. 3:

“Kami faham, para ibu yang bekerja mesti super sibuk.

Dengan kerja di ofis tak siap. Rumah nak kena kemas.

Eh makanan untuk si kecil pun belum masak lagi.

Tentu seronok kalau boleh sediakan makanan untuk baby dengan pantas kan?”

.
3) Senarai USP atau keunikan produk anda berbanding yang lain

Jika anda jual produk niche yang banyak persaingan. Ia memang sangat mencabar.

Anda kena cari betul-betul. Apa USP produk anda. Apa keunikan produk anda.

Yang buat mereka perlu beli dengan anda. Bukan yang lain.

.
Contoh seperti produk makanan bayi di atas.

contoh USP :

– Pantas. Makanan siap dalam 5 minit.
– Sihat untuk bayi. Tanpa gula & garam.

.
Boleh buat copywriting :

“Kenapa beli makanan bayi dengan kami dan bukan yang lain?

> Siap cepat. Hanya panaskan dalam microwave 5 minit dah siap.
> Sihat dan selamat. Semua produk kami dari bahan asli tanpa gula dan garam.

Barulah anak membesar dengan makanan berkhasiat. Best kan?”

Begitu. Dengan USP anda dapat inspirasi menulis copywriting lebih pantas.

.
4) Testimoni pelanggan

Ini shortcut sebenarnya. Untuk poin 1-3 di atas.

Anda cari pelanggan setia. Call mereka. Interview mereka.

.
Kenapa beli produk anda. Apa beza selepas guna produk anda.

Apa kesan pada diri mereka. Apa yang buat mereka suka produk anda.

Nanti dapatlah testimoni.

.
Contoh.

“Akak guna produk kesihatan ABC ni sejak 2015. Dulu cepat mengah buat kerja berat. Yelah suka berkebun kan. Sejak minum ABC, bertenaga lain macam. Bukan takat berkebun. Kemas rumah, pergi mengaji, beli barang dapur, semua akak buat. Tak cepat penat.”

Dah boleh ambil sebahagian ayat pelanggan. Letak dalam copywiting.

.
Nak letak semua sekali pun boleh. Pandai-pandai lah susun kan.

Yang penting tak menipu.

Pada saya ini paling best. dan biasanya lebih mudah convert. Sebab real story dari pelanggan.

.
5) Fikiran dan hati yang tenang

Copywriting ni satu seni.

Nak hasilkan copywriting dengan lebih baik dan cepat.

Tentu fikiran yang tenang mainkan peranan

.
Kalau tengah stress, otak bercelaru, macam mana nak siapkan copywriting.

Nak tulis satu copywriting pun boleh makan berjam-jam.

.
Jadi, pilih masa yang sesuai.

Pilih tempat yang tenang, yang kurang gangguan.

Baru lah fokus buat copywriting.

.
Kalau fokus, tentu hasil lebih cepat dan lebih baik kan.

Selamat menyediakan ramuan untuk copywriting anda!

Baik, sekian dahulu artikel kali ini. Jemput share jika bermanfaat.
.

.

Mahu Belajar Copywriting Dari Contoh Copywriting Yang Kami Buat?

Klik sini untuk baca copywriting secara percuma

Copyright © 2021 Adsolution Digital Marketing (LA0028044-U)