Manfaatkan Content Marketing Untuk Bina Trust Terhadap Bisnes Anda

Kata Steve Job “Content is King”.

Ya. Memang itu lah realitinya hari ini.

.
Siapa yang menghasilkan content yang bagus dan relevan untuk audiens, maka dia akan menang.

Dialah akan berjaya tarik perhatian lebih ramai audiens.

Dialah yang akan dapat kepercayaan kerana dipercayai sebagai yang berautoriti.

Dialah yang akan jadi sumber rujukan dalam niche bisnes mereka.

.
Tapi membuat content tidak semudah membalikkan tangan.

Memang jika nak buat yang terbaik makan masa.

Jika baru bermula. Mulakan sahaja.

Bak kata pepatah “Done is better than perfect.”

Sebagai cetusan idea, Ini antara beberapa content yang anda boleh cuba buat:

.
Pertama, buat webinar atau FB Live.

Ini yang paling biasa dah. Tapi kalau anda susun content webinar anda betul-betul memang boleh letop.

Bahkan ramai masih guna teknik ini.

Contoh anda jual makanan bayi.

Setiap Sabtu pagi boleh buat live tentang tips pemakanan bayi.

Setiap Rabu malam live tentang Q & A parenting skills

Dari situ anda dapat kumpul audiens yang suka dan perlu ilmu berkaitan niche baby dan parenting.

Anda boleh jemput audiens ke dalam channel marketing anda.

Mungkin Group wassap atau FB Group. Mungkin channel telegram dan sebagainya.

.
Kedua, buat podcast.

Ini pun salah satu cara menarik.

Ada spotify, ada google podcast, ada clubhouse. Telegram pun dah ada fungsi voice chat.

.
Kadang-kadang orang tak sempat tengok video.

Tapi kalau podcast, sambil memandu, dalam traffic jam pun boleh dengar.

.
Rekod suara anda. Ceritakan topik berkaitan niche anda secara berkala.

Misalnya anda ejen pewarisan (hibah, wasiat, dll)

Setiap isnin dan khamis buat satu podcast.

.
Contoh tajuk:

> Cara Kira Asset dan Networth Anda
> Kos-kos Yang Anda Wajib Tahu Dalam Pengurusan Harta Pusaka
> Apa Beza Hibah dan Hibah Takaful?

dan sebagainya.

.
Ketiga, tulis ebook.

Tak semestinya panjang beratus muka surat.

Topik simple simple dulu pun boleh.

Bahkan boleh jadi lead magnet untuk collect database.

.
Boleh dalam bentuk tips, tutorial, case study, dan ceklist.

Bahkan, sekarang ni, ramai yang kaya dengan menjual content digital termasuk ebook.

.
Kenapa? sebab ia dah jadi keperluan. Manusia perlu ilmu dan informasi yang relevan dengan mereka.

Yang relevan dengan masa kini. Untuk teruskan hidup.

.
Jika anda sediakan servis konsultasi bisnes dan dunia digital.

Boleh buat yang simple simple sahaja dahulu.

Mulakan dengan yang percuma.

.
Contoh :

“10 Tips Naikkan Jualan Menggunakan Instagram”

“Tutorial Menggunakan Streamyard untuk LIVE”

“Cara Guna FB Grup Untuk Gandakan Jualan”

dan banyak lagi.

.
Jangan lupa, letakkan dalam ebook anda link kepada bisnes yang anda buat.

istilahnya upsell.

Dari situlah dapat customer.

.
Contoh, upsell kelas video Asas Mula Bisnes.

atau upsell ebook 99 tips jana jualan melalui FB.

Jual murah-murah dulu pun dah ok. RM 10-RM 20.

.

Dengan amalkan tiga cara ini, audiens dapat rasa value dari bisnes anda.

Bila mereka mula baca content anda dan percayakan anda, baru lebih mudah mereka akan jadi pelanggan.

Macam mana? Dah boleh mula buat content?

Jangan ragu lagi. Yang penting, mulakan sahaja dahulu.

Anda akan improve seiring waktu. Percayalah.

#myadsolution

.
Nak Baca Lagi Ilmu Marketing & Copywriting Secara Percuma?

Klik sini untuk upgrade ilmu bisnes anda

Copyright © 2021 Adsolution Digital Marketing (LA0028044-U)