Nak Buat Marketing? Tetapkan Dahulu Objektif Kempen Marketing Anda

Bila sebut marketing, apa ada dalam fikiran anda?

Buat iklan, tulis copywriting, post content dekat semua channel.

Post dekat FB, Insta, twitter, telegram dan wassap. Itu ke?

.
Saya tak kata salah. Itu semua sebahagian dari proses marketing.

Secara simplenya, marketing adalah proses memasarkan produk/servis kita.

Kita buat orang tahu dan kenal bisnes kita.

.
Tapi, sebelum nak mula kan marketing.

Mestilah set dahulu apa objektifnya, betul tak?

Bukan main buat iklan je.

.
Lepas tu hari-hari post sana sini tak tentu arah.

Kalau dapat sales syukur, kalau tak dapat, ulang lagi post sana sini.

Tak ke mengarut itu namanya.

.
Oleh sebab itu, kita kena set objektif marketing.

Secara umum, kita boleh bahagikan kepada 4 objektif

1) Brand Awareness

Brand Awareness bermaksud seberapa kenal audiens terhadap bisnes kita.

Kita nak mereka tahu keberadaan bisnes kita.

Pada masa yang sama, mereka tahu di mana nak cari kita bila produk kita diperlukan.

.
Contohnya bila kita nak bina brand bisnes simkad kita di Facebook.

Jadi, kita boleh susun content untuk post di FB.

Katakan sehari, 1 content.

Tips dapatkan line internet laju
Cara cek kelajuan internet di kawasan anda.

.
Selang seli dengan post santai, quotes, contohnya.

Objektif anda, agar dapat reach 3000 audiens, dan dapat 300 like dalam masa setahun.

Ini sebagai contoh.

.
Strateginya adalah dengan post content, kemudian share di FB personal anda

Share dalam group komuniti.

Setiap 3 bulan, monitor. Adakah sudah on the track untuk capai objektif.
.

2) Meningkatkan Trafik

Untuk berjaya dapat pelanggan dan pembeli baru, prinsipnya perlu ada dua.

Trafik yang ramai (prospek) dan conversion (sales) yang padu.

Di sini peranan marketing.

.
Misalnya kita buka kedai basuh kereta.

Kita nak market kan kedai kita. Supaya ramai orang datang.

.
Bukan 100% yang datang akan basuh di tempat kita.

Kadang-kadang lepas tengok harga mereka tak jadi basuh.

Atau pun lepas tengok keadaan kedai kita, mereka tak mau dan pergi cari kedai lain. Itu bahagian sales

.
Tugas marketing kita objektifnya, katakan kedai buka 9 pagi-9 malam

Dulu hanya 60 kereta je singgah sehari

Kita nak tingkatkan 100 pelanggan datang kedai setiap hari

.
Jadi, barulah kita boleh susun.

Berapa flyers nak print. Berapa poster nak print.

Berapa content nak post. Kalau nak letak iklan dalam grup komuniti, berapa ahli dalam grup tu.

dan seterusnya.

.
Pada akhirnya kita nak tengok, tercapai ke tak 100 kereta datang sehari ke kedai.

.

3) Dapatkan Prospek Berkualiti

Dalam marketing, memang tujuan kita nak tingkatkan traffik.

Macam contoh di atas, jika secara offline, trafik maksudnya lebih ramai orang singgah ke kedai.

Kalau dalam dunia online, berapa ramai orang yang visit website kita, berapa ramai orang klik link iklan kita, dan sebagainya.
.
Tapi tugas marketing kita bukan hanya tarik traffik ramai.

Yang lebih penting, trafik dan leads yang kita tarik itu adalah berkualiti.

.
Maksudnya, mereka memang adalah target market kita.

Jadi, lagi senang lah nak close nanti. Conversion akan lebih tinggi.

.
Salah satu caranya adalah dengan menyusun copywriting dengan baik.

Letak ayat yang menarik perhatian orang yang betul.

Boleh juga kumpulkan mereka dalam satu channel.

.
Jadi, di hujung copywriting, letak CTA

“Tak nak terlepas content terbaru serta promosi istimewa dari kami? Join FB Grup di bawah ini.”

Nanti boleh letak sasaran, kita nak kumpul berapa ramai prospek dalam FB group itu. 500 orang dalam setahun? 1000 orang? dan seterusnya

.

4) Menjaga Pelanggan

Marketing bukan hanya untuk prospek baru.

Ia juga boleh digunakan untuk sasarkan pelanggan sedia ada.

.
Bila kita jaga pelanggan sedia ada, mereka lebih banyak membeli dengan kita.

Antara marketing yang boleh kita buat untuk pelanggan sedia ada

i. Kempen referral. Ajak pelanggan rekomen rakan mereka.
ii. Kempen pembelian khas untuk pelanggan sedia ada.
iii. Content tambahan. webinar, dsb.

.
Dengan cara ini, sales bisnes anda boleh naik.

Pada masa yang sama, pelanggan rasa nak beli lagi sebab dapat tawaran istimewa

.
Mereka juga rasa dihargai sebagai pelanggan dan tentu tak segan untuk promote kepada rakan dan keluarga mereka

sebab sudah rasa sendiri manfaat menjadi pelanggan

.
Baik, sekian dahulu artikel kali ini

Semoga dapat bantu anda kenalpasti objektif marketing, sebelum mulakan apa-apa kempen marketing.

Barulah berbaloi tenaga, masa dan wang yang dikeluarkan untuk buat marketing.

.
.

Nak Baca Lagi Artikel Bisnes Secara Percuma?

Klik sini untuk upgrade ilmu bisnes

Similar Posts