Marketing adalah nafas bisnes kita.
Ia perlu dilakukan berterusan agar bisnes kita sentiasa dapat menarik pelanggan baru.
Barulah bisnes kita dapat terus berkembang.
.
Jadi apa strategi yang kita perlu untuk rancang marketing yang power?
Agar dapat reach lebih ramai prospek.
Agar dapat memikat hati target market yang betul.
Agar mampu bantu hasilkan sales yang lebih banyak.
.
Jawapannya adalah dengan amalkan Konsep 5 P.
Bila kita faham Konsep 5 P ini, kita akan lebih tersusun dalam merancang kempen marketing.
.
Tentu kita amalkan konsep ini dalam keadaan kita sudah tahu objektif marketing kita.
Apa tujuan akhir marketing kita. Mungkin nak orang tahu keberadaan kedai kita.
Atau mungkin kita mahu beri value kepada audiens kita. Kemudian mengumpulkan mereka dalam satu channel telegram
Jadi, kita aplikasi konsep ini untuk capai objektif marketing.
.
Baiklah, jom kita lihat apa itu 5P dan cara aplikasikannya dalam marketing bisnes kita.
.
1) People
P yang pertama adalah people. Manusia.
Kita perlu faham kita menjual kepada manusia.
.
Ini paling fundamental. Bila kita menjual kepada manusia, kita wajib faham psikologi manusia.
Kenapa manusia bertindak.
Apa yang mendorong manusia membeli. Apa keinginan mereka?
Apa masalah yang sangat mengganggu kehidupan mereka.
.
Pada masa yang sama kita wajib jawab satu soalan sangat penting.
iaitu siapa. Kita nak pasarkan produk ini pada siapa?
Hanya dengan menjawab soalan ini, kita dapat lebih efektif menyusun kempen marketing kita.
.
2) Place
Lepas kita faham tentang manusia, dan juga target market kita.
Barulah senang kita nak buat langkah seterusnya.
Barulah kita boleh jawab soalan penting kedua iaitu..
..di mana kita perlu buat marketing?
.
Jika kita buka laundry. Nak buat marketing offfline.
Katakan target kita ibu-ibu suri rumah.
Di mana prospek kita berkumpul? Mungkin di pasar? di supermaket?
.
Jika online. Agaknya di mana mereka berkumpul. Di grup FB lokaliti setempat?
Begitulah seterusnya. Cari dan teliti sampai jumpa tempat prospek kita berkumpul. Lepas tu lagi senang kita nak buat iklan di sana
.
3) Produk
P ketiga adalah produk.
Dalam membuat marketing kita perlu faham fungsi asas produk.
Bagaimana produk bantu tambah nilai dalam kehidupan prospek.
.
Jadi kita perlu betul-betul tip top dalam memastikan produk kita adalah yang mempunyai kualiti terbaik.
Termasuk aspek fizikal penampilan produk, pacakaging, dan sebagainya.
.
Tapi ingat. jangan terlalu fokus pada produk.
Yang paling penting kita pasarkan produk yang betul kepada target market yang betul.
Barulah jualan berlaku pantas.
.
Renungkan quotes dari Seth Godin tentang perkara ini:
“Don’t find customers for your product. But find products for your customers.”
.
4) Price
Selanjutnya, kita perlu ambil perhatian terhadap harga (price).
Yang pertama, kita perlu pastikan kita letak harga yang kita untung.
Ambil kira semua kos. Elektrik. Minyak kereta.
Baru lah bisnes untung kan.
.
Satu lagi, kenalpasti harga competitor.
Kita bukan nak lawan harga. Siapa lagi murah. Bukan hanya itu.
Kita nak letak harga yang berbaloi. Yang pelanggan sanggup bayar.
Sebab mereka faham nilai yang produk kita boleh bawa pada diri mereka.
.
5) Promotion
P terakhir, adalah promosi.
Dalam apa-apa kempen marketing yang kita buat kita perlu susun promosi dan tawarannya.
.
Ini sangat berkait rapat dengan offer apa yang kita beri kepada prospek.
Jika kita kenal pelanggan dengan baik kita dapat beri tawaran yang sesuai untuk mereka.
.
Tak semestinya promosi berbentuk diskaun.
Contoh. Beli Handphone free power bank
Contoh lagi. Beli 4 percuma 1.
Beli ebook. Bonus 1 tahun keahlian grup support.
Ajak rakan download apps. Anda dapat voucher bernilai RM 20.
.
Banyak lagi cara atau strategi promosi yang boleh anda lakukan.
Yang penting kita bereksperimen.
Belum cuba belum tahu.
.
Sekian dahulu cara rancang strategi marketing power dengan konsep 5 P.
Semoga dapat bantu dan beri anda idea untuk susun dan buat marketing untuk bisnes anda ya.
Jemput share artikel ini kepada rakan rakan anda yang buat marketing. Moga makin ramai yang dapat manfaat.
#myadsolution
.
.