Serlahkan Bisnes Anda Dengan Video Marketing

Untuk survive dalam dunia digital, bisnes kita perlu sentiasa dikemaskini dengan content yang disukai oleh audiens kita.

Antaranya adalah content dalam bentuk video.

.
Video Marketing bukan lagi perkara baru.

Ia sudah terbukti berjaya. Baik untuk menciptakan awareness atau membuat audiens kenal pada produk.

Syarikat gergasi sendiri sudah banyak gunakannya untuk pasarkan produk mereka.

.
Cuba lihat bagaimana syarikat seperti Apple, Samsung, Google memanfaatkan video marketing.

Video marketing dari mereka telah berjaya tarik perhatian kita.

Ia buat kita teruja dengan video pelancaran, video pengenalan produk baru, dan sebagainya.

.
Kenapa ramai syarikat gergasi guna video marketing?

Ini antara sebahagian kelebihannya.

.
1) Video content membina kepercayaan dan kredibiliti

Membina kepercayaan pelanggan bukan perkara mudah.

Di sini lah letaknya kelebihan video marketing.

Jika kita buat bisnes jual wax untuk hilangkan calar kereta.

Kita boleh tulis dalam ayat iklan. “Hanya dengan gosokkan 30 saat sahaja. Calar kereta hilang macam magic.”…

.
atau kita boleh letak gambar, sebelum dan selepas. Audiens boleh nampak bezanya…

atau kita boleh rekod video. Tunjuk bahagian kereta yang calar.

Kemudian terus tunjuk live kita gosokkan bahagian yang calar sampai hilang calar.

.
Kalau anda jadi audiens. Mana lagi anda percaya? tulisan, gambar, atau video?

Tentu lebih percaya video yang tunjukkan step by step sampai calar tu hilang kan.


2) Content yang santai dan tidak memberatkan

Bila kita membuat content video, kita dapat reach lebih ramai audiens.

Ini kerana, sebahagian orang kurang gemar membaca tulisan.

.
Dengan content video, ia bersifat lebih menghibur, dan tidak memberatkan.

Mereka boleh lihat value produk kita, sambil bersantai.

Sambil makan, sambil berehat di rumah, pun dah boleh tonton video kan.

3) Lebih mudah difahami

Saya rasa, anda pun akan setuju dengan poin ke-3 ini.

Katakan anda tengah cari cara memperbaiki camera yang rosak pada laptop.

Mana lagi senang. Baca langkah-langkah atas kertas atau tengok video tutorial?

.
Tengok video tutorial lebih mudah faham kan.

Begitu juga bila anda nak terangkan tentang bisnes anda.

.
Tak kisah, anda nak ceritakan produk baru anda.

Nak terangkan model bisnes anda kepada partner.

Nak terangkan sistem ejen anda kepada bakal ejen.

Nak jelaskan cara gunakan produk anda.

Dengan video marketing, tentu audiens lagi senang faham.

4) Mudah untuk dikongsikan

Nak jadikan content kita tersebar di media sosial bukan perkara mudah.

Oleh sebab itu, kita boleh manfaatkan video marketing yang santai dan mudah difahami.

.
Tak semestinya kita nak video kita jadi viral.

Yang penting kita nak capai audiens yang jadi target market kita.

.
Bila audiens suka content video kita, mereka akan kongsikan kepada circle mereka yang juga adalah target market kita.

Tambahan pula, dengan video marketing, kita dapat reach audiens yang ada kekangan untuk faham content dalam bentuk gambar atau tulisan.

Contohnya, audiens kanak-kanak yang belum pandai membaca.

Juga audiens remaja yang kurang suka baca tapi suka content video yang lebih santai.

5) Lebih mudah convert prospek menjadi pelanggan

Kalau anda usahawan yang menjual produk/bisnes anda dengan menggunakan landing page, anda perlu tahu perkara ini.

Ada satu kajian yang dilakukan oleh Hubspot.

Kajian tersebut menyatakan landing page yang mengunakan video 80% lebih convert.

.
Ini menunjukkan betapa signifikan pengaruh penjelasan melalui video.

Menyampaikan info produk dengan unsur emosi melalui video meningkatkan kepercayaan prospek untuk membeli.

Ia dapat lebih mempengaruhi prospek untuk membeli.

Berbanding hanya membiarkan prospek membaca copywriting dalam landing page.

.
Bentuk video yang boleh mempengaruhi conversion antaranya:

video testimoni, video tutorial cara mengguna produk, dan sebagainya.

.
Wah ternyata banyak betul kelebihan video marketing untuk bisnes kita.

Bila kita menggunakan video marketing dengan konsep dan strategi yang betul, tentu kita boleh serlahkan lagi bisnes kita.

Nak dapat idea untuk buat kempen video marketing?

Jom tonton contoh video marketing yang kami buat secara percuma

Klik sini untuk tonton secara percuma

Copyright © 2021 Adsolution Digital Marketing (LA0028044-U)