5 Sebab Kenapa Anda WAJIB Eksperimen Iklan Setiap Hari

Sedar atau tidak, tugas kita sebagai Digital Marketer, tidak lari daripada melakukan eksperimen setiap hari. 

Sama macam saintis yang melakukan eksperimen, mencari formula ubat terbaik dengan mengkombinasikan ramuan-ramuan.

Bezanya, bagi digital marketer, bahan yang diuji adalah bahan iklan. 

.

Setiap bahan iklan yang kita hasilkan akan bermula dengan satu hipotesis, iaitu andaian awal tentang hasil yang akan kita perolehi.

Sebagai contoh, kita jual produk kurus. Hipotesis awal kita adalah : 

Orang yang bekerja office selalunya akan ada masalah berat badan sebab hari-hari kerja menghadap komputer tanpa keluarkan peluh. 

Mereka juga kebiasaannya tak sempat bersenam kerana terlalu sibuk dengan kerja, kadang-kadang sampai terpaksa overtime. 

Yang bestnya, mereka adalah golongan yang berduit. Tambahan pula kalau yang kerja kerajaan, mereka tidak terkesan dengan isu pandemik macam sekarang ini. 

.

Tanpa disedari, sebenarnya daripada hipotesis ini sahaja, kita telah melaksanakan satu lagi proses yang dinamakan sebagai pencarian customer avatar. 

Pernah dengar istilah customer avatar?

Customer avatar secara ringkasnya adalah ciri-ciri pelanggan.


Seperti dalam hipotesis di atas, secara tak langsung kita sedang mensasarkan untuk mencari pelanggan dengan ciri-ciri :

+ Bekerja di ofis

+ Ada masalah berat badan sebab kurang bergerak

+ Busy bekerja tak sempat bersenam

+ Ada kewangan yang stabil

.

Customer avatar ini penting dalam proses uji cuba iklan. Sebab kita boleh eksperimen customer avatar yang sama, dan tukar komponen lain seperti headline, gambar, dan lain-lain. 

Boleh faham kan?

Sebelum kita teruskan, kita perlu ingat, hipotesis ini sememangnya tidak 100% tepat. Besar kemungkinan, pada akhir eksperimen ini, anda akan dapati yang sebahagian besar daripadanya adalah salah. 

Tapi jangan risau, ini perkara normal dalam proses eksperimen. Yang penting anda faham, ini adalah proses penting dalam mencari iklan terbaik untuk kempen anda. 

Sebab itulah kami tulis artikel ini. 

.

Berikut adalah 5 Sebab Kenapa Anda Wajib Eksperimen Iklan Setiap Hari 


1) Kita tak tahu customer angle yang mana paling tinggi permintaan 


Dalam proses membuat iklan, kita ada konsep STP, segmentation, targeting dan positioning.

Pada langkah pertama, segmentation, kita boleh membuat andaian. Agaknya target market mana yang berkemungkinan minat dengan produk kita.

Contoh : produk simkad. 

Target market 1 : Ibu bapa yang perlu data yang stabil untuk anak-anak PDPR di rumah.


.

Target market 2 : Pelajar IPT yang perlu data unlimited dengan kelajuan sederhana

.

Target market 3 : Para ibu ayah yang perlu data yang banyak dan laju untuk zoom dan google meet

.
Antara tiga segmen ini, yang mana yang paling tinggi demand untuk beli simkad kita?

Itulah kepentingan kita untuk test bahan iklan mengikut segmen target market.

.

2) Kita tak tahu headline yang mana akan buatkan prospek klik 

 

Kadang-kadang, kita dah jumpa segmen market yang high demand. Tapi, semakin hari, respon semakin kurang.

Mungkin kita boleh eksperimen dengan ubah headline sahaja. Target market tak perlu ubah.

.

Contoh untuk produk simkad tadi. 

Target market pilihan : 

Ibu bapa yang perlu data yang stabil untuk anak-anak PDPR dan beraktiviti di rumah.

.

Headline 1 :

“Haish geram betul lah, cakap data laju, tapi nak join kelas online asyik sangkut je.” 

.

Headline 2 :

“Macam ni baru la best. Tengok netflix, main game, semua smooth je.”


Agaknya headline mana lagi ramai orang klik?

.
3) Kita tak tahu poster yang macam mana yang prospek suka 

 

Poster sangat penting dalam ramuan bahan iklan. Bahkan antara yang paling penting. 

Sebab orang tengok gambar dulu sebelum nampak apa apa info lain.

Copywriting hebat mana pun, kalau gambar kita boring, prospek takkan kisah.


Sebab itu, kita wajib sediakan at least tiga gambar poster berlainan.

Target market, kita kekalkan, tapi cuba buat tiga gambar berbeza.

Mungkin kita boleh sesuaikan dengan headline dalam langkah 2 tadi 

.

Headline 1 :
“Haish geram betul lah, cakap data laju, tapi nak join kelas online asyik sangkut je.” 

Gambar 1 : Ayah yang geram sambil berdiri di hadapan laptop.

.

Headline 2 :

“Macam ni baru la best. Tengok netflix, main game semua smooth je.”

Gambar 2 : Ayah dan anak yang happy dapat tengok movie dengan lancar.

.

Headline 3 :

“Dah 3 kali tukar simkad. Semua tak boleh pakai. Cakap unlimited tapi ada kuota.”

Gambar 3 : Wajah ayah yang memegang kepala, sebab pening asyik tukar simkad.

.
Sekarang kita dah boleh test headline mana lagi banyak respon.

Dah dapat idea kan? 

Baik, mari lihat sebab ke empat.

4. Kita tak tahu copywriting yang macam mana yang menarik perhatian prospek


Manusia ini selera nya sentiasa berubah-ubah. Ada masa bila kita letak copywriting yang mengungkap kekecewaan akibat masalah dia, iklan itu dapat banyak respon.

Adakalanya bila kita tulis copywriting bersifat soft sell, info & content, eh lagi ramai pula yang klik.

Ada masa, kita guna copywriting yang pendek-pendek sahaja pun, dah cukup convert iklan kita.

Bulan depan, bila guna copywriting panjang, baru lah dapat banyak respon.

.
Begitulah, manusia. Jadi, kita perlu rajin kombinasikan dengan gambar poster, untuk dapatkan iklan yang terbaik. 


5) Kita tak tahu offer apa yang buat prospek minat

 

Sebab yang terakhir adalah, berkaitan tawaran.

Ini pun kita kena cuba-cuba untuk adjust. Sebab tawaran inilah yang mendorong proses jual beli itu berlaku.

Kita exchange tawaran. Kita tukarkan tawaran kita dengan harga yang perlu mereka bayar.

.

Jadi, kita perlu buat mereka nampak bahawa mereka untung.

Antara offer yang boleh anda cuba : 

 

+ Buy 3 free 1.

+ Diskaun 20% untuk 100 pembeli pertama

+ Bonus Pen drive 32 GB  

+ Jaminan Wang Dikembalikan 100%

+ Free gift barangan tupperware berharga RM 50 

+ Percuma penghantaran

+ Percuma 3 ebook tips parenting bernilai RM 70

.

Dengan mempelbagaikan tawaran, kita dapat test tawaran mana yang lebih power untuk mendorong prospek membeli. 

Inilah lima sebab kenapa anda perlu kerap buat eksperimen dalam beriklan.

Semakin banyak bereksperimen, semakin banyak data bahan iklan yang berkesan yang kita dapat. 

.

Dengan data-data itu, kita boleh menilai iklan mana yang berkesan. Iklan mana yang sesuai untuk target market X. Iklan mana yang sesuai ketika musim perayaan, dan seterusnya.

Semoga artikel ini memberi kefahaman kepada anda kepentingan bereksperimen bahan iklan. 

Sila kongsikan artikel ini jika anda rasa ia bermanfaat.

.

.

By the way

Nak tengok 9 contoh bahan iklan dari 9 niche berbeza yang anda boleh jadikan idea untuk buat poster?


Klik link di bawah : 

>> Saya nak tengok 9 contoh bahan iklan <<


#myadsolution

 

Similar Posts