Tips Untuk Dapatkan Idea Copywriting Mencurah-Curah Dengan “Emotion Wheel”

Artikel ini memang kami tulis khas untuk anda yang tak ada idea nak tulis copywriting ataupun headline poster yang dapat menarik perhatian pelanggan.


Kami yakin anda faham kepentingan copywriting & ads creative yang bagus dalam iklan anda. Kalau iklan tak menarik, memang pelanggan ignore iklan anda dan teruskan scroll FB mereka. 

Apalagi kalau anda run ads berbayar.

Anda dah spend ratusan bahkan ribuan ringgit pun sales ciput je. Kalau ciput Ok lagi. Silap-silap, tak ada sales langsung, zero, telur ayam.

Tak ke menangis bucu katil jadinya.

Dalam artikel kali ini, anda akan belajar:

+ Konsep penulisan copywriting yang menarik perhatian pelanggan.

+ Konsep emotion wheel dalam copywriting beremosi.

+ Cara penggunaan emotion wheel. 

+ Contoh copywriting berdasarkan emotion wheel. 

Dah bersedia? Jom tengok poin yang pertama.

.

Konsep penulisan copywriting yang menarik perhatian pelanggan.

 

Manusia mempunyai berbagai jenis emosi yang sentiasa berubah. Ada bentuk emosi gembira, sedih, stres, terkejut, geram dan lain-lain.


Banyak pakar pemasaran mengungkapkan bahwa, emosi adalah faktor paling berpengaruh dalam manusia membuat keputusan untuk membeli.

Copywriting yang berpengaruh memanfaatkan elemen emosi untuk menyentil perasaan audiens supaya mereka bertindak.

Namun, susah untuk kita fikir atau pilih emosi yang bersesuaian. Di Adsolution, kami menggunakan Emotion Wheel untuk mendapatkan idea menulis copywriting beremosi. 

.
Konsep emotion wheel dalam copywriting beremosi.

Ini adalah Emotion Wheel (lihat gambar di bawah) 

Emotion wheel ini dicipta oleh seorang pakar psikologi dari Amerika bernama Dr Robert Plutchik.

Ia digunakan untuk mengkaji kaitan antara satu elemen emosi dengan emosi lain.

Dengan Emotion Wheel ini, para kaunselor, para ahli psikologis, dapat lihat apa elemen emosi utama, dan apa akibat dari emosi tersebut. 

.
Cara penggunaan emotion wheel. 

Lalu, bagaimana kami hack emotion wheel ini untuk jadikan ia sebagai idea tulis copywriting? 

Simple sahaja. Ikut 4 langkah ini untuk guna emotion wheel dengan berkesan.

 

Langkah 1 -Tulis target market anda.

Langkah 2 – Senaraikan masalah target market anda.

Langkah 3 – Rujuk Emotion Wheel – Senaraikan emosi yang berkaitan dengan masalah.

Langkah 4 – Tulis headline berdasarkan hubungan emosi dan masalah tersebut.

 

Boleh ulang dan tukar langkah kedua. Tukar daripada masalah kepada kehendak atau impian pelanggan.

.
Contoh copywriting berdasarkan emotion wheel. 

Katakanlah anda berniaga losen urut. 

Tak ada idea nak tulis copywriting untuk iklan? Boleh cuba refer Emotion Wheel. 

Contoh : Produk losen urut

.

Langkah 1- Tuliskan target market anda.

Target market : Orang muda yang kerap sakit di bahagian lutut dan sendi-sendi kaki.

.
Langkah 2 – Senaraikan masalah target market anda.

Copywriting 1 – Segment/customer angle sakit lutut

.
Copywriting 2 – Segment/customer angle kebas-kebas

.
Copywriting 3 – Segment/customer angle lenguh bahu 

.
Langkah 3 – Rujuk Emotion Wheel – Senaraikan emosi yang berkaitan dengan masalah.

 

Kita ambil contoh masalah copywriting 1 sahaja dulu,iaitu masalah sakit lutut. 

Dengan melihat kepada emotion wheel, kita lihat ada beberapa emosi yang boleh kita kaitkan dengan sakit lutut.

Kemudian, kita oleh emosi itu untuk jadi headline copywriting kita. Nanti kita boleh siapkan copywriting based on idea headline tersebut. (Langkah 4)

Untuk contoh ini, katakanlah kita mahu pilih enam emosi yang boleh dikaitkan dengan sakit lutut. 

Enam emosi itu adalah : Mad (marah), Scared (takut), Joyful (gembira), Powerful (Hebat/bertenaga), Peaceful (tenang), dan Sad (sedih)

.
Langkah 4 – Tulis headline berdasarkan hubungan emosi dan masalah tersebut.

Lihat contoh praktikal di bawah.

.

a) Mad 

“Geramnya. Jalan sikit pergi dapur je pun sampai rasa nak tercabut lutut.”

.

b) Scared

“Doktor cakap, kalau lagi sebulan tak baik terpaksa buat operation.”

.

c) Joyful 

“Kalau lah tak sakit lutut macam ni, mesti dah boleh main dengan Sofea & Wawa.”

.

d) Powerful 

“Mengganggu betul lah sakit lutut ni, tak boleh nak buat kerja-kerja rumah macam dulu.”

.

e) Peaceful 

“Seronoknya kalau tak sakit lutut. Mesti boleh ruku’ dengan lebih khusyuk masa solat.”

.

f) Sad 

“Sedihnya tak boleh nak pergi Tarawih tahun ni, sakit lutut makin menjadi-jadi.”

.

.

Simple dan mudah kan?

Selepas itu, untuk buat bahan iklan/copywriting seterusnya, anda boleh
tukar sahaja target market, atau tukar masalah kepada keinginan audiens.

Jadi macam mana, mencurah-curah tak idea nak buat bahan iklan?

Kalau nak buat FB ads pun, mesti dah boleh buat banyak adset untuk buat split test lepas ni kan? 😁

.

.

By the way, nak tengok tak 9 Contoh Ads Creative yang anda boleh ambil idea untuk 9 niche berbeza?

Klik link di bawah : 

>>Saya nak tengok 9 contoh ads creative<<

#myadsolution

Similar Posts